loading...

“Saya janji akan kahwin dan tidak lagi berasmara dengan ayam”

Seorang lelaki telah dibelasah beramai-ramai oleh penduduk kampung kerana didapati merogol sebelum membuang dua ekor bangkai ayam milik jirannya.

Menurut laporan polis Bomet County, Kenya, lelaki berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Alfred Kipkemoi Mutai disyaki telah mencuri lalu ‘berasmara’ dengan dua ekor ayam jirannya sehingga mati.

Pada hari kejadian, Mutai dipercayai pergi ke halaman rumah jirannya lalu mencuri dua ekor ayam malang itu.

Apabila jirannya Richard Kibor Tonui menyedari kehilangan ayamnya, dia segera memberitahu kejadian tersebut kepada jiran yang lain. Setelah itu, mereka pun melakukan pencarian di kawasan sekitar.

Tidak lama kemudian mereka terserempak dengan Mutai yang cuba membuang dua ekor ayam milik Tonui yang sudah mati.

Selepas dibelasah beramai-ramai, akhirnya Mutai mengaku mencuri dua ekor ayam tersebut sebelum merogolnya sehingga mati.

Mutai bernasib baik kerana ketibaan polis telah menyelamatkan nyawanya. Dia berjanji kepada polis dan orang kampung untuk berkahwin dan tidak akan melakukan hubungan asmara dengan binatang lagi.

TETAPI sebelum janji-janjinya dapat dikotakan, Mutai terpaksa berhadapan hukuman atas perbuatannya. Dia bukan saja terpaksa membayar gantirugi $40 kepada Tonui atas kematian dua ekor ayam kesayangannya, malah terpaksa berhadapan dakwaan mencuri, penganiayaan terhadap haiwan dan seks luar tabii.

Previous
Next Post »
loading...