loading...

Raja Ema Dikritik Kerana Seksi

raja ema dikritik kerana imej seksi

Kredit foto: Instagram Raja Ema

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an, Raja Ema dikritik hebat kerana tampil berimej seksi.

Dalam Instagram peribadinya, wanita yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman ini memuat naik beberapa keping foto percutian sekeluarga di utara tanah air.

Namun sekeping foto mencuri tumpuan ramai kerana dikatakan keterlaluan dan tidak bersesuian dengan imejnya yang sudah kembali bertudung sejak dua tahun lalu.

Rata-rata netizen tampil menegur selebriti berusia 50 tahun ini.

"Seksi sangat ni, kak. Tak sesuai lah pos gambar macam itu walaupun nak tunjuk akak dan kurus sekarang. Maaf, kak.

"Betul tu, Hanya beri pandangan sahaja. Berhijab tak sesuai letak gaya foto macam tu.

"Makin kurus patutnya makin pakai longgar. Dah selalu sangat saya tengok dalam pos Instagram pakai macam ini. Kita ni bukan muda lagi.

"Artis ni jika ditegur kata kita ni kecam. Haters. Tak ada apa yang nak dibusukkanlah. Cuma kami menegur sesama Islam. Aurat wajib dijaga. Di sini pengikut yang bukan muhrim beribu-ribu orang. Apa yang nak dijawab di hadapan Rabbul Jalil nanti?" nasihat beberapa pengikut.

Biarpun begitu, segelintir peminat memuji pelakon Mawar Merah ini kerana nekadnya menjaga bentuk badan.

Menerusi pengamatan, Raja Ema tidak melayan kritikan yang dilontarkan, sebaliknya hanya membalas soalan beberapa peminat lain.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...