loading...

Polis Sandakan Tahan Tiga Pengedar Syabu

SANDAKAN – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran syabu di daerah ini dalam tiga serbuan berasingan pada Khamis dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Mohd Hamin berkata sebanyak 109.6 gram dirampas dalam serbuan tersebut dengan dua daripada lelaki itu ditahan dibawah Seksyen 39B AKta Dadah Berbahaya 1952 dan seorang lelaki dibawah Seksyen 39A(1) akta yang sama.

Katanya tangkapan pertama pada Khamis lepas membabitkan seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun di kawasan Jalan Tok Yen Batu 11 dekat sini pada pukul 8.45 malam.

Hasil pemeriksaan di poket seluar lelaki itu menemui syabu seberat 50.1 gram dalam satu plastik disimpan dalam satu sampul surat, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azhar berkata susulan tangkapan itu dan pada hari yang sama jam 9.30 malam, polis menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 46 tahun dalam serbuan di sebuah rumah setinggan di Batu 11 dan pemeriksaan di rumah itu menemui 50.1 gram syabu.

Beliau berkata serbuan ketiga pada Sabtu lepas di sebuah rumah setinggan di Kampung Forest dan menahan seorang lelaki warga asing berusia 55 tahun.

Menurutnya polis merampas 94 peket plastik kecil mengandungi syabu seberat 9.4 gram daripada lelaki itu.

Azhar berkata ujian air kencing mendapati ketiga-tiga lelaki itu positif menggunakan syabu. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...