loading...

Penduduk PPR Seri Pantai Tiada Disiplin, Jaring Keselamatan Pula Jadi 'Mangsa'

penduduk ppr seri pantai tiada disiplin jaring keselamatan pula jadi mangsa

Sumber foto: Facebook Lensa Rayau

Insiden malang yang menyebabkan kematian S. Sathiswaran (15 tahun) menerusi insiden pada 15 Januari lalu, dilaporkan masih tidak diambil sebagai pengajaran oleh penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperlihatkan situasi selamat pada PPR itu dengan meletakkan jaring keselamatan, ternyata hanya mengundang perkara buruk. Ini kerana ia telah menjadi 'jerat' kepada sampah-sarap yang dicampak penghuni rumah pangsa itu dari tingkat atas.

Hasil tinjauan Bernama menjumpai banyak sampah-sarap, majoritinya merupakan bungkusan makanan dan minuman, di atas jaring berkenaan.

Pada 15 Januari lalu, S. Sathiswaran meninggal dunia pada pukul 8.10 malam di Blok 102 di PPR Seri Pantai, akibat dihempap kerusi yang dipercayai dibuang dari tingkat atas semasa sedang melalui kawasan itu.

Namun begitu, insiden tersebut tidak dapat mengajar penduduknya agar tidak lagi mencampak sampah sewenang-wenangnya tanpa sifat tanggungjawab. - Bernama

penduduk ppr seri pantai tiada disiplin jaring keselamatan pula jadi mangsa 1

Sumber berita: Kosmo Online

Previous
Next Post »
loading...