loading...

“Mengaku Selebriti Baru Dapat Layanan Mesra”

Berkunjung ke pusat peranginan Maldives bersama keluarga baru-baru ini, Nabila Huda sempat berkongsi tentang masyarakat di sana yang sedikit perkauman. Jelasnya, ketika disana apabila beliau mengaku seorang selebriti terkenal barulah beliau diberi layanan yang baik.

BACA: Kaki Kritik Sibuk Kira Dosa Nabila Huda

“Tak faham kenapa beberapa orang di sini agak perkauman. Kalau warga asing bukan main senyum layanan baik tapi nampak palsu. Kalau orang Asia, buat muka. Nasiblah kita orang Malaysia ni ada budi bahasa”

“Bila terangkan siapa kita sebenarnya, I’m a celebrity from Malaysia, I’m famous, barulah nak layan sebaiknya. Kalau boleh tapak kaki pun nak cium. Tapi memang tak perlu nak terangkan semua tu”

Pun begitu, Nabila mendakwa tidak semua orang disana begitu, hanya orang yang berada di bandar sedikit sombong. Perkongsian itu turut mendapat respon dari peminat yang bersetuju dengan beliau.

“Layanan baik ni nak kena ikut darjat eh? Orang dekat pulau baik gila. Lemah lembut, orang dekat bandar kena banyak bersabarlah. Susah sangat ke nak senyum? Aku ni okay je strangers dekat mana-mana jumpa pun sentiasa senyum walaupun tak ada respons,” tulisnya.

Harap Nabila bersabarlah dengan kerenah manusia yang pelbagai jenis ini. Biarpun lain negara, tetapi sebagai manusia perangai tetap sama, rambut sama hitam tetapi hati manusia siapa yang tahu. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...