loading...

“Lucu Ada Yang Silap, Panggil Saya Wani Kayrie”

PELANTUN lagu Alhamdulillah, Wani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat mengakui masih ramai di luar sana keliru apabila memanggilnya Wani Kayrie berikutan persamaan nama.

Remaja kelahiran Batu Pahat, Johor itu namun tidak menjadikan hal itu sebagai masalah besar kerana percaya peminatnya masih dapat membezakan identiti mereka menerusi lagu serta lenggok nyanyian masing-masing.

“Lucu juga ada yang tersilap dan memanggil saya Wani Kayrie apabila berjumpa di luar, terutama mereka yang kali pertama bertemu.

“Isu itu tidak jadi hal besar kerana paling utama orang kenal dan tahu lagu yang saya nyanyi. Kelakar juga apabila ada peminat menyangka kami adalah kembar disebabkan isu nama serupa.

“Setakat ini, saya tidak terfikir untuk tambah nama lain bagi elak kekeliruan itu berlarutan. Sebelum ini, ada juga panggil Wani GGV apabila saya menyertai program Gema Gegar Vanganza (GGV) tahun lalu,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang turut berbakat mencipta lagu ini dikatakan bakal muncul dengan single solo berjudul Aku Selalu Setia ciptaan Patrick Kamis.

Sehubungan itu, Wany berharap kemunculan single baharu yang mengangkat genre muzik semasa mampu memperkemaskan langkahnya sebagai penyanyi solo. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Previous
Next Post »
loading...