loading...

“Lelaki dalam video asmara itu bukan saya,” Lee Chong Wei

Sejak pengenalan media social, tidak sedikit artis tempatan digosip dan dikaitkan dengan video-video lucah.

Ada yang benar dan ada juga pelanduk dua serupa atau sekadar mirip sahaja. Kini atlit sukan pun sudah mula terkena penangan video berbaur gossip dan fitnah.

Sebuah video ‘asmara’ kini sedang tular dan kononnya lelaki yang beraksi di dalamnya adalah Datuk Lee Chong Wei.

“Itu bukan saya,” kata Datuk Lee Chong Wei member maklumbalas apabila dikaitkan dengan sebuah ‘video asmara’ dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Menurutnya lagi tindakan mengaitkannya dengan video tersebut berkemungkinan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkan namanya.

“Mengarutlah, lihat video itu dan anda akan tahu yang ia bukan saya,” kata Lee yang baru melihat video tersebut pada Isnin.

“Ramai orang menghubungi saya untuk meminta penjelasan, dan saya sekadar ketawa. Pada mulanya saya tidak merancang untuk mengambil tindakan, kerana ia membuang masa,” ujarnya lagi.

“Tapi ia mula di luar kawalan. Jadi saya akan membuat laporan di Balai Polis Bukit Aman hari ini,” jelas Lee.

Selepas ini siapa lagi atlit yang bakal menjadi mangsa seperti ini?

Previous
Next Post »
loading...