loading...

“Jangan Takut, Jangan Risau” - Diana Danielle

jangan takut jangan risau diana danielle 1

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Isteri Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle sekali lagi tampil meluahkan kata-kata semangat dipercayai ditujukan buat suaminya yang kini sedang berdepan dengan lima pertuduhan.

Lebih menarik, kapsyen nasihat di Instagram itu turut disertai swafoto terbaru pasangan popular ini.

"Dan ketika langit gelap, tidak ada manusia yang mampu membuatkan dunia beralih ke muka matahari tetapi hanya Yang Maha Kuasa.

"Mereka yang mengalami kesulitan sedang berada di dalam kegelapan, tetapi Allah menyukai dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang sabar.

"Kita berada di dalam orbit-Nya, jadi jangan takut dan risau," tulis Diana.

jangan takut jangan risau diana danielle 2

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Para pengikut menerusi ruangan komen beranggapan Diana sedang memberi sokongan kepada suaminya yang sedang berdepan dugaan getir itu. 

Tidak hanya itu, peminat mengagumi kekuatan cinta mereka yang ternyata saling melengkapi antara satu sama lain.

"Isteri adalah penguat kepada suami, suami adalah pelindung kepada isteri. Semoga kekal bahagian hingga ke Jannah. Macam Che Mad dan Aurora.

"Alhamdullilah. Ini yang semua nak tengok. Sebab korang sweet jodoh Insya-Allah milik korang. Jangan berpisah okey. Jaga hubungan sampai Jannah.

"Assalammualaikum. Setuju. Allah sentiasa ada bersama kita tidak kira apa sahaja, la tahzan," ulas beberapa netizen.

Terdahulu, aktor dan sutradara, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah, hingga tercetusnya insiden kekecohan di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.

Dalam laporan polis yang dilakukannya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu itu juga menyatakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa beliau ditahan reman baru-baru ini.

Sumber berita: Mstar

Previous
Next Post »
loading...