kebelakangan ini ramai selebriti tanah air suka mempromosikan suplimen kanak-kanak tanpa mengetahui kesahihan bahan yang digunakan. Hal ini membuatkan Pakar Perunding Perubatan, Doktor Rafidah Abdullah membidas tindakan beberapa selebriti ini.
BACA: Suplemen Untuk Bayi, Neelofa Dikritik Ramai
Jika dulu Neelofa dikecam teruk akibat mempromosikan suplimen anti kedutan untuk bayi, kini pelakon baru, Intan Najuwa pula tampil mempromosikan vitamin khas untuk kanak-kanak di laman Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Rafidah menasihati mana-mana selebriti supaya tidak sesuka hati mempromosikan barangan kesihatan melibatkan kanak-kanak hanya kerana ingin menjana pendapatan. Rafidah juga meminta agar selebriti lebih bertanggungjawab sebagaimana mereka idola orang ramai.
Melalui posting lain, Rafidah juga memberitahu sebarang produk perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibu bapa juga perlulah mendapat rujukan doktor terlebih dulu dan bukannya rujukan daripada selebriti.
Dalam ruangan komen perubatan itu juga ramai menyokong dan bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik Rafidah. Selain itu, ada juga yang berharap orang ramai lebih peka dengan isu sebegini. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW