PUJANGGA pernah berkata di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang mendorong. Malah, di sebalik kehebatan seorang suami, ada seorang isteri di sampingnya.
Begitulah yang disimpulkan pengacara terkenal, Alif Satar saat bercerita mengenai isteri kesayangan, Shadila Halid yang merupakan pengkritik dan pada masa sama pendorong utama dalam karier seninya.
“Pengorbanan utama isteri adalah apabila dia ambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa dan jaga dua puteri kami. Jadi saya tidak mahu khianati kepercayaan isteri,” katanya dipetik BH Online.
Dalam pada itu, Alif berkata lagi bahawa isterinya sama sekali
“Sebaliknya, isteri lebih menyarankan saya keluar dari zon selesa demi mengembangkan kerjaya seni. Bagi saya, perkara utama adalah percaya. Ia elemen penting dalam rumah tangga.
“Kami masing-masing perlu tahu peranan diri sendiri, malah misi utama saya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga,” ujar pengacara berusia 28 tahun ini.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang kini mencecah usia 12 tahun, Alif memberitahu bahawa hal itu banyak mendewasakan diri.
“Banyak perkara yang saya lalui sebelum sampai ke peringkat ini.Saya menyimpan impian membawa bidang seni ke peringkat lebih gah di mata dunia. Insha Allah. Semoga hasrat saya itu tercapai, suatu hari nanti,” katanya.
Dalam perkembangan lain, sebagai membuka tirai tahun 2018, Alif diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Anugerah Juara Lagu Ke-32 bersama Sherry Al Hadad pada 11 Februari depan. – MYNEWSHUB.CC/AM
Loading...

Vivo V50 Lite Bakal Hadir Untuk Pasaran Malaysia ...

Aksi Bertemu Villa Ibarat Final Guardiola ...

Mudah Dan Murah, Netizen Indonesia Luah Rasa Kagum ...

Mokhtar Senik Anggap Guna Ayat Al-quran Dalam Berp ...