loading...

Ini Punca Amira Othman Tak Mahu Rakan Artis Sebagai Kekasih

ini punca amira othman tak mahu rakan artis sebagai kekasih 1

Kredit foto: Instagram Amira Othman

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 25, akui enggan bercinta dengan rakan selebriti.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat cemburu, Amira bagaimanapun lebih selesa berhubungan mesra dengan jejaka yang tidak terlibat dalam bidang seni.

"Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

"Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri," katanya kepada Astro Gempak.

Amira membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran single terbaharunya, Mimpi Indah yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ini punca amira othman tak mahu rakan artis sebagai kekasih 2

Kredit foto: Instagram Amira Othman

Mimpi Indah merupakan ciptaan komposer muda, Hael Husaini dan diterbitkan Edry Abdul Halim.

Dalam pada itu, beliau yang pernah dikaitkan dengan Azhar iaitu bekas anggota kumpulan duo, Azhael, beberapa tahun lalu, berkata, dia masih belum menemui teman istimewa yang sesuai.

Malah, Amira yang pernah popular dengan lagu Jaga-Jaga itu, tidak mahu mengulas lanjut soal jodoh kerana ingin berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. 

"Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni dan buat masa sekarang saya masih belum berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

"Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat," katanya.

Sumber berita: Astro Gempak

Previous
Next Post »
loading...