loading...

Fattah, Fazura Dedah Tarikh Majlis Resepsi

fattah fazura dedah tarikh majlis resepsi

Kredit foto: Mstar

Pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin mengumumkan bakal mengadakan majlis resepsi pada 25 Februari ini, selepas hampir tiga bulan berkahwin.

Difahamkan, pasangan yang dilabel dengan gelaran 'Fattzura' ini sudahpun mengedarkan kad undangan kepada rakan media.

Majlis dinantikan itu bakal berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Pastinya para peminat teruja menerima perkhabaran ini selepas teraju utama Hero Seorang Cinderella itu terlebih dahulu bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November lalu.

Fattah dan Fazura sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz jam 9.50 malam, empat hari selepas mengumumkan pertunangan dalam sebuah sidang media, sejurus pulang dari ibadah umrah.

Hubungan mesra pasangan sama cantik sama padan ini mula hangat diperkatakan selepas gandingan mereka dalam drama popular di Astro Ria, diikuti percutian di Thailand bersama sekumpulan teman. 

Tidak hanya itu, masing-masing turut menghadiahkan pemberian istimewa bersempena hari kelahiran kedua-duanya yang jatuh pada bulan sama.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...