NILAI — Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menyumbang pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2018 (ACC) di Velodrom Nasional di sini malam ini.
Fatehah terpaksa berpuas hati dengan catatan masa 34.114 saat (s) di belakang pemenang pingat emas Lee Wai Sze dari Hong Kong dengan catatan masa terpantas 33.395s.
Song Chaorui dari China meraih pingat perak dengan catatan masa 34.114s.
Turut memungut pingat gangsa adalah acara kejar-mengejar berpasukan lelaki remaja yang terdiri daripada Zulhelmi Zainal, Muhammad Shafiq Mohamad, Muhammad Hakimi Nor, Muhammad Shabrir Riduan dengan catatan empat minit 13.110s.
Mereka menewaskan pasukan Kazakhstan.
Pingat emas menjadi milik pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh Jang Hun, Joo Somang, Park Jooyoung, Park Youngkyun dengan rekod Asia baharu iaitu 4:09.908s.
Mereka menewaskan Ryuta Sato, Taisei Hino, Naoki Kojima, Hiroyuki Umakoshi dari Jepun dengan 4:12.070s.
Hari kedua kejohanan turut menyaksikan Malaysia meraih dua pingat emas menerusi skuad berbasikal paralimpik negara dan pingat gangsa yang disumbangkan oleh jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang. – BERNAMA
Loading...