Kini berada di Mekah menunaikan ibadah umrah, Elfira Loy sempat melayan komen salah seorang peminatnya yang mendakwa beliau sombong ketika menyapa pelakon itu. Individu bernama Abaya Suraya meluahkan rasa kecewanya dengan memberikan komen di ruangan Instagram Elfira.
BACA: Elfira Loy Sebak Kali Pertama Tunai Umrah
Teguran sopan itu memesan kepada Elfira supaya selepas pelakon itu balik dari mengejakan umrah, sikapnya akan lebih peramah dan ikhlas melayan peminat walaupun tiada ‘mood’ ketika itu.
Komen itu bagaimanapun mendapat respon Elfira yang memohon maaf atas sikapnya itu tetapi jelasnya beliau tidak berniat untuk bersikap sombong. Pun begitu Elfira menghargai tindakan peminatnya itu yang berterus terang.
Selain itu, Elfira juga berharap peminatnya berfikiran positif dan bersangka baik dengannya apabila berlaku situasi sebegitu. Kami respek dengan sikap peminat yang sebegini, tegur secara berhemah, barulah masalah boleh diselesaikan dengan baik. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW