loading...

“Dulu Suka Mekap Tebal, Baru Sedar Buruk Rupanya”

Pelakon Anzalna Nasir antara selebriti yang memiliki kecantikan semula jadi. Rambutnya yang hitam ikal mayang memang menjadi idaman setiap wanita.

Bergelar selebriti bukan mudah. Kena sentiasa tampil cantik dan memang tidak dapat dipisahkan dengan solekan tebal. Namun bagi Anzalna, dia sedar solekan tebal membuatkan wajahnya lebih buruk.

“Kalau dulu, Anzalna akui memang suka bersolek tebal. Namun, lama-kelamaan baru sedar betapa ‘buruknya’ rupa Anzalna apabila bersolek tebal.

“Sekarang Anzalna lebih sukakan solekan yang ringkas dan masih mampu menyerlahkan kulit asli. Solekan Anzalna cukuplah dengan maskara dan pengilat bibir.

Mesti ramai nak tahu rahsia rambut Anzalna kekal cantik. Menurut Anzalna, rambutnya mudah dijaga dan tidak terlalu rumit tentangnya.

“Ia anugerah daripada faktor genetik kerana mak mempunyai rambut yang lebat dan hitam. Walaupun pada usia lanjut sekarang, boleh dikira berapa helai sahaja uban mak,” seperti dipetik daripada Intrend.

Sumber: Intrend



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...