loading...

Dakwaan Curi Seluar Dalam, Redza Rosli Buka Mulut

redza rosli jinggo isu redza rosli video redza rosli redza

Kredit foto: Instagram Redza Rosli

Laman sosial kecoh apabila pelakon Redza Rosli didakwa mencuri seluar dalam di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru.

Namun, portal Harian Metro yang menghubungi Redza atau nama penuhnya, Ahmad Reza Rosli, 26, menafikan dakwaan yang tersebar di internet dan laman blog itu.

"Ramai menyangka saya ditahan kerana mencuri seluar dalam, malah panggilan telefon dan pesanan ringkas terus diterima hingga ke hari ini bertanyakan perkara ini.

"Begitupun saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mengambil serius. Lagipun takkan saya nak curi seluar dalam, lebih baik saya curi hati orang," katanya. 

Redza berkata, penahannya bukan atas sebab mencuri sebaliknya jurujual butik berkenaan terlupa menanggalkan alat pengesan pada pakaian yang dibeli.

"Video berkenaan sudah lama di muat naik oleh pengarah Jinggo, namun disensasikan semula oleh blog berkenaan.

"Menerusi video ini, Jinggo sengaja mengusik mengatakan saya mencuri seluar dalam apabila ditahan staf butik berkenaan," katanya.

Di kesempatan sama, pelakon Ku Kirim Cinta ini berharap cerita tidak benar itu tidak lagi disensasikan oleh para blogger dengan tajuk yang boleh membawa fitnah.

“Tolonglah, blogger ini kadangkala suka mensensasikan tajuk yang tidak benar. Lain kali tulis artikel yang bertauliah bukannya dengan tajuk yang begini,” katanya.

Sebelum ini, Redza menjadi perhatian ramai apabila Jinggo berkongsi video dengan mengatakan secara bergurau bahawa aktor itu telah ditahan pekerja butik kerana mencuri seluar dalam.

Namun video tersebut disensasikan oleh pihak tertentu dengan meletakkan tajuk berita seakan beliau benar-benar ditahan kerana mencuri seluar dalam di sebuah pusat beli belah.

Sumber berita: Harian Metro

Previous
Next Post »
loading...