loading...

“Apakah Nilai Satu Persahabatan?”

Bersyukur dibebaskan dari tahanan reman Jumaat lalu, Sofi Jikan masih tertanya-tanya mengapa rakannya, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis terhadapnya. Walaupun sehingga kini masih tidak berhubung dengan Farid, beliau sentiasa bersangka baik pada rakannya itu.

BACA: “Lu Sengat Wa, Wa Sengat Lu Balik”

“Sampai sekarang saya tidak tahu sebab apa dia berbuat demikian dan dia juga tiada menghubungi saya sehingga sekarang. Sama ada kami masih berkawan atau tidak sepatutnya awak tanya dia, saya sentiasa bersangka baik,” katanya kepada m Star Onlinemengenai rakannya itu.

Dalam pada itu, di Instagram Sofi ada memuat naik gambar bersama Farid, serta mempersoalkan tentang nilai persahabatan. Dalam perkongsian itu, peminat turut sama memberikan sokongan kepadanya, serta kata-kata semangat kepada Sofi.

Sofi mula ditahan reman Rabu lalu selepas terlibat dengan penggunaan ganja setelah laporan polis dibuat Farid terhadapnya. Lebih mengejutkan lagi Farid mengetik ‘like’pada gambar dan video penahanannya di Instagram. (rkty/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...