Terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi perhatian netizen. Apa saja yang dilakukan olehnya pasti dipersoal oleh orang ramai.
Ada yang melabelkan usahawan ini seorang yang riak dan suka menunjuk. Namun hanya isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida sahaja yang mengenali baik buruk suaminya.
Baru-baru ini, isterinya mendedahkan sikap sebenar Aliff Syukri yang ramai tidak tahu. Aliff Syukri bukanlah seorang yang ‘gila glamor’ seperti yang semua sangka.
“Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.
“Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.
Tambah Shahida lagi, Aliff sangat pentingkan keluarga dan seorang anak yang sangat sayangkan ibunya.
“Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.
“Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali masakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap,” ujarnya kepada Astro Gempak.
Sumber: Astro Gempak
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW