loading...

10 Pemain Bola Sepak Profesional Terpendek Di Dunia

Jika dulu, sukan bola sepak dimonopoli oleh mereka yang bertubuh besar. Kini, pemain bola sepak berketinggian rendah juga telah membuktikan kemahiran teknikal mereka dalam permainan itu.

Ternyata, ketinggian dan tubuh yang sasa tidak begitu penting untuk menjadi pemain bola sepak yang handal. Jom semak senarai 10 pemain bola sepak terpendek di dunia.

10. Alexis Sanchez (169 cm)

alexis sanchez

Alexis Sanchez adalah pemain bola sepak kelahiran Chile. Lahir pada tahun 1988, pemain Manchester United berusia 30 tahun ini berjaya menunjukkan prestasi cemerlang. Menurut analisis pada tahun 2017, pemain ini mempunyai gaji lebih daripada $11.5 juta.

9. Joe Allen (168 cm)

joe allen

Pemain muda berusia 28 tahun ini secara kasar berketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci sahaja. Lahir pada tahun 1990, Allen berasal dari Carmarthen, United Kingdom dan telah bermain bola sepak secara profesional sejak berusia 16 tahun. Di sebalik kekurangannya dari segi ketinggian, beliau adalah pemain tengah yang cukup hebat untuk kelab Liga Perdana, Stoke City.

8. Madson Formagini (160 cm)

madson formagini

Madison Formagini mencipta nama dengan kemahirannya yang cukup mengagumkan. Dilahirkan pada tahun 1986 di Rio, Madson merupakan seorang pemain bola sepak yang berbakat luar biasa, dikesan sejak permulaan kerjayanya menyertai kelab belia tempatan. Wajah popular sewaktu menyertai kelab berprestij seperti Vasco da Gama ini biarpun tidak begitu konsisten, tetapi pencapaiannya masih boleh dibanggakan.

7. Levi Porter (160 cm)

levi porter

Warganegara Great Britain berusia 31 tahun ini adalah contoh terbaik bahawa saiz bukan ukuran untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya. Dengan ketinggian sederhana 5 kaki 3 inci, Levi berada di puncak berbanding pemain lain dengan kemahirannya yang menakjubkan.

Beliau memulakan kerjayanya dengan mudah menerusi kontrak lanjutan satu tahun bersama Leicester City. Menjadi produk sistem belia Leicester City, beliau sememangnya berpotensi besar. Dengan beberapa lagi pasukan menunjukkan minat dalam kerjayanya yang berbaloi, Levi akhirnya menyertai Shepshed Dynamo pada Disember 2012.

6. Maximiliano Moralez (160 cm)

maximiliano moralez

Maximiliano Moralez atau nama panggilannya Frasquito, merupakan pemain bola sepak profesional Argentina. Pemain tengah serangan untuk Major League Soccer Club ini juga mempunyai masalah ketinggian, tetapi masih menjadi kesayangan ramai. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 2003. Kecekapan dan kebolehannya memang sukar dipertikaikan lagi.

5. Rui Gil Soares de Barros (160 cm)

rui gil soares de barros

Dengan ketinggian 5 kaki 3 inci, Soares de Barros yang kini berpindah ke bidang pengurusan pernah bergelar sebagai pemain tengah serangan yang sangat berbahaya bagi pasukan Portugal. Barros juga telah mewakili Porto, Juventus, dan Marseille serta beberapa kelab lain pada lewat 80-an dan 90-an. 

Dikurniakan bakat dari segi teknik, gaya permainan dan keupayaan untuk menjaga bola dari pihak lawan menjanjikan suatu masa depan yang cerah buat beliau. Untuk rekod, Barros telah menjaringkan 43 buah gol menerusi 191 perlawanan. Pendek kata, dengan ketinggiannya yang tidak seberapa, Barros tetap mampu melakar sejarah tersendiri dalam arena bola sepak.

4. Jafal Rashed Al-Kuwari (155 cm)

jafal rashed al kuwari

Pemain bola sepak berketinggian 5 kaki 1 inci ini bertindak sebagai pemain tengah untuk pasukan Al-Sadd, sebuah kelab dari Qatar. Rashed bagaimanapun telah bersara pada tahun 2009. Beliau turut bermain untuk perlawanan perpisahannya menentang AC Milan.

Rashed kekal menjadi kapten pasukan kebangsaan Qatar dan juga mewakili bagi permainan bola sepak pantai. Walaupun tidak cukup tinggi, dedikasinya membuatkan beliau dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah dihasilkan.

3. Marcin Garuch (155 cm)

marcin garuch

Pemain kebangsaan berwarganegara Poland ini menyertai kelab Miedz Legnica di Puchar Polski. Garuch terkenal dengan kemahiran mengagumkan dalam situasi bola mati. Dengan saiznya yang kecil, beliau menggelecek bola dengan cepat sehingga ke hadapan. Kemahiran teknikal dan kebolehannya di atas padang ternyata begitu hebat.

2. Daniel Alberto Villalva Barrios (154 cm)

daniel alberto villalva barrios

Villalva berasal dari Argentina dan merupakan penyerang untuk kelab River Plate. Beliau yang berketinggian 5 kaki 0.63 inci adalah pemain terpendek dan termuda dalam pasukan itu. Villalva baru berusia 26 tahun dan telah bermain untuk Argentina dalam Piala Dunia U-17 pada tahun 2009. Meskipun bertubuh kecil, beliau telah muncul sebagai pemain bola sepak yang kompeten dalam pasukan itu.

1. Élton José Xavier Gomes (154 cm)

elton jos xavier gomes

Pemain bola sepak Brazil ini berketinggian hanya 5 kaki 0.63 inci. Dinobatkan sebagai pemain bola sepak terpendek di dunia, Xavier adalah pemain tengah serangan bagi  kelab Al-Fateh dari Arab Saudi dan ditandatangani oleh kelab Bucuresti dari Romania pada tahun 2007.

Beliau memiliki teknik bola sepak yang unik dan gaya afro sebagai trademark. Pemain bola sepak berbadan kecil dan rendah ini menyerang menerusi 11 gol untuk pasukannya yang menghasilkan kemenangan kali pertama di liga itu.

Rujukan: Sporteology

Previous
Next Post »
loading...