loading...

Masa 2 Jam, Kaut Barangan Terpakai Percuma

SHAH ALAM – Ribuan barangan terpakai yang diberikan secara percuma kepada orang ramai habis dalam masa dua jam melalui program Eco Free Market di Padang Kemerdekaan di sini pagi ini, lapor Kosmo.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad, berkata, program kali kedua itu berkonsepkan memupuk semangat sukarelawan di kalangan masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Sekiranya pengunjung berminat, mereka hanya perlu meminta izin dan melemparkan senyuman untuk mengambil barangan berkenaan daripada penyumbang.

“Melihat pada sambutan, kita merancang mengadakannya dua bulan sekali,” katanya.

Seramai 35 penyumbang menyertai program kali ini dengan barangan disumbangkan termasuk pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan.

Pada program itu juga, seramai 80 anak-anak yatim daripada Rumah Amal Kasih Bestari diberikan keutamaan dahulu bagi mengambil barangan yang disukai mereka.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...