loading...

Kembung Perut, Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa! Ketahui Punca & Cara Redakan 

Bayi kembung perut sering kali terjadi. Bayi secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu? Ini adalah antara ciri bayi mengalami masalah kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik. Ketahui apa itu kolik, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasinya.

APA ITU KOLIK?

Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut). Berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi.

Umumnya kolik terjadi pada bayi berusia lima bulan ke bawah. Kolik sering terjadi pada waktu malam. Reaksi bayi yang mengalami kolik ialah menangis tanpa henti, sukar ditenangkan walaupun sudah disusui dan didukung. Biasanya pada permulaan kolik, wajah akan kemerahan, mimik muka tampak menahan kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut. Kolik juga boleh menyebabkan bayi menangis berlarutan beberapa jam sepanjang malam dan sukar ditenangkan.

25 – 40% daripada bayi yang lahir setiap tahun mengalami kolik.

SIMPTOM

Secara purata, kebanyakan bayi yang bukan kolik menangis selama dua jam dalam sehari. Ikuti karakter dan kekerapan tangisan bayi kolik seperti berikut;

-Simptom bermula seawal usia bayi tiga minggu.

-Sekurang-kurangnya tiga jam dalam sehari.

-Tiga hari seminggu, selama tiga minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia tiga bulan.

TEORI KEMBUNG PERUT

Penyebab kembung perut atau kolik pada bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik.

Antaranya ialah sistem pencernaan yang belum sempurna, alahan terhadap protein susu formula, dikaitkan dengan terlalu banyak meminum susu formula dan pemakanan ibu menyusu. 

PENCEGAHAN KOLIK

Cegah selagi boleh. Tidak ada cara yang tepat untuk mencegah kolik. Tidak salah untuk anda mencuba meminimumkan penyebabnya. Misalnya, periksa posisi mulut bayi adalah betul semasa menyusu dan sendawakan dia setelah selesai menyusu.

CARA REDAKAN KOLIK BAYI

Jika bayi anda didapati mengalami kolik, ada beberapa cara untuk meredakannya. Yang penting, mama papa jangan cepat putus asa! Jika gagal, cuba cara lain untuk membantu.

  1. Dukung bayi dan sendawakan. Lakukannya dalam tempoh lima minit .
  2. Baringkan ke bawah dan tepuk bahagian belakang. Lakukannya hingga lima minit.
  3. Gosok dengan memberi tekanan dan tepuk ketika dia berada di atas katil. Lakukan selama lima minit.
  4. Jika bayi mulai tidur, masukkan bayi dalam kain penggendong bayi (baby sling). Gosok dengan menekan dan menepuk pada bahagian belakangnya.

Cara lain yang boleh redakan bayi kembung perut

Balut bayi dengan kain

  1. Membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya.
  2. Cara ini membantu meluruskan anggota badan.
  3. Ia mengelak gangguan tindak balas yang aktif daripada bayi.
  4. Ia adalah bentuk tekanan yang menyerupai keadaan bayi semasa dalam kandungan ibu.

Dukung

  1. Cara dukung yang selamat akan membuatkan bayi selesa. Alat bantu untuk mendukung bayi amat berguna untuk bayi baru lahir.
  2. Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibu. Cara posisi  dukungan akan memberikan tekanan yang akan melegakan bayi. Ia juga mengelak bayi daripada terlalu aktif.
  3. Posisi ruang yang tetap semasa mendukung bayi membuatkan bayi selesa dengan penjaganya.

JALAN TERAKHIR

Apabila anda tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana bayi menangis secara berterusan dan, letakkan bayi di tempat tidurnya, lalu matikan lampu kamar. Dengan cara ini, anda dan bayi boleh berasa tenang. Yang penting, jangan panik. Segera dapatkan rawatan doktor

Previous
Next Post »
loading...