loading...

“Mommy Rasa Bahagia, Vea Beri Kekuatan Luar Biasa Buat Mommy,” Syakirin Husnal Akui Makin Bermotivasi Sejak Ada Anak!

Kehadiran seorang anak sememangnya melengkapkan hidup seorang wanita. Dengan anaklah mampu mengajar ibu menjadi seorang yang lebih penyabar, positif dan bermotivasi. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Syakirin Husnal.

Pengacara Go Shop di Astro ini yang nyata makin bahagia sejak Vea Khadeja menjadi pelengkap dalam hidupnya dan suami. Lebih teruja lagi bila Vea kini sudah pun semakin membesar.

Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama kelahirannya pada 18 Ogos lalu, Syakirin meluahkan rasa bahagia dan bersyukur bila mana Vea menjadi insan paling istimewa buatnya dan suami.

Melalui perkongsian Syakirin di instagramnya, dia meluahkan rasa bahagia kerana hadirnya Vea sebagai pelengkap hidupnya.


Happy 1st Birthday Vea Khadija.
Happy 1st Momsary to Mommy 😍😍

Alhamdulillah, after many years of waiting and trying, I am so happy to be able to celebrate my #babymiracle’s birthday 😘 .

This whole 1 year has been amazing. Walaupun banyak dugaan lain, tapi Mommy tetap bahagia. Mungkin sebab kehadiran Vea memberikan satu kekuatan yang luar biasa untuk Mommy. MasyaAllah , itulah indahnya perjalanan seorang ibu.

I pray nothing but the best for you my love. To many more years together. Allah, please keep Vea safe.
Always.

Malah melalui Majalah Pa&Ma, edisi September, Syakirin turut meluahkan rasa syukurnya yang tidak tertingga kerana diberikan peluang menjadi seorang ibu.

“Semenjak menjadi ibu, saya akui perasaan saya menjadi semakin sensitif lebih-lebih lagi pada permasalahan anak-anak disekeliling saya. Hati saya mudah tersentuh membaca pelbagai kisah menghayat hati di dada akhbar. Perasaan bimbang sentiasa ada bila memikirkan Vea.

Bukan itu sahaja malah melihat perkembangan Vea setiap hari buat saya jadi lebih bermotivasi untuk tambahkan segala ilmu dan berikan yang terbaik buatnya. Bukan sahaja membaca, bahkan banyak juga info-info yang saya cuba dapatkan daripada kawan-kawan terdekat demi memberikan yang terbaik buat Vea,” katanya lagi.

Kini Vea sudahpun merangkak dan pandai memaut dari satu tempat ke satu tempat. Saya tak sabar menantikan Vea berjalan. Kini dia juga cukup suka mendengar alunan muzik. Pantang diagah, dia mudah tersenyum dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Bab makan Vea paling seronok kerana dia cukup suka makan. Makanan kegemarannya adalah bubur nasi kosong yang saya mula perkenalkan padanya. Kemudiannya barulah saya cuba beri makan puri namun Vea tak berapa suka dan dia lebih suka bubur.
Kini saya tambahkan dengan ayam, ikan dan aneka sayuran di dalamnya,” kongsinya yang tidak sabar menantikan Vea berjalan.

Kredit Foto: @syakirinhusnal

Previous
Next Post »
loading...