loading...

Menitis Air Mata, Anak Bangun Tanya Papa. Mama Tahu Lepas Ni Kakak & Adik Faham  

Perginya tanpa sempat tinggalkan sebarang pesan. Itulah hakikat yang perlu diterima walaupun cukup berat untuk dilalui oleh isteri dan anak-anak yang masih belum mengerti pemergian seorang ayah.

Ketika orang lain bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, pemergian suami pada Hari Arafah 10 Ogos lalu benar-benar memberi tamparan hebat buat Norashikin M. Nor, 38, selepas arwah suaminya secara tiba-tiba kena strok.

Berikut perkongsian Norashikin yang cukup menyentuh hati dan ditambah pula perlu menjaga dua amanah ditinggalkan arwah suami berusia 5 tahun dan 1 tahun 6 bulan.

Tabahkan hati balik ke rumah. Banyak hal perlu diuruskan.

Dedobot sampai-sampai terus mintak nak baring. Selesa dapat tidur kat rumah sendiri. Lena nampaknya, malam tadi terganggu betul tidur 2 beradik ni. Asyik bangun meracau dan merengek-rengek sepanjang malam.

Kakak Khayla berpesta dengan mainan dia. Tapi pagi-pagi lagi dah tanya mana Papa? Tak mahu makan minum asyik termenung. Mama jadi blur tiba-tiba….

Kurang 36 jam lepas, pukul 2 pagi masih terbayang lagi susuk tubuh Papa Muhammad Khairul Abdullah tiba-tiba muncul di depan pintu bilik. Dia mengadu mulut susah nak bergerak, badan dah cramp.

Tak sampai seminit dia mengogoi, terus rebah tak boleh bergerak. Mengiringkan dia ke sisi, terus muntah segala isi perut.

Tanpa berlengah terus call ambulans dan maklumkan adik ipar. Sambar dokumen penting, bergegas buka segala pintu dalam keadaan kaki yang masih menggigil.

Dedobot ketakutan tengok keadaan papa, melalak tak berhenti-henti. Ambulans sampai terus ke hospital ditolak masuk ke zon merah.

Doktor sahkan serangan stroke akibat tekanan darah tinggi. Terpaksa di koma untuk elak keadaan jadi bertambah parah. Selepas CT scan, ada ketulan darah besar di dalam teras otak betul-betul di belakang tengkuk (tempat selalu papa ngadu sakit).

Tiada rawatan or pembedahan boleh dibuat. Boleh on-tube untuk 2 minggu lagi tapi pengakhirannya tetap sama.

Enggan menyeksa, dengan berat hati terpaksa buat keputusan melepaskan papa pergi perlahan-lahan. Papa rupanya mahu berjumpa Yang Maha Esa di sisi anak-anak dan keluarga tercinta.

Terima kasih atas semua doa, harapan dan ingatan yang dititipkan.

Buat Papa yang disayangi semua…bersemadilah dengan aman di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Curahan kasih sayangmu akan diingati buat selamanya. Amin yarabbalalamin…..

Tiada lagi bertanya masak apa hari ni

Kenangan masakan terakhir saya buat suami tercinta Muhammad Khairul Abdullah, minggu lepas sebelum terjadinya perpisahan abadi kami. Sedap atau tak, selalunya dia makan saja apa yang saya hidangkan tanpa banyak soal. Dah takde lagi orang nak mengadu lapar and bertanya saya masak apa hari ni.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. “Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia”. Amin Allahumma amin.

RESIPI GRILLED TERIYAKI CHICKEN

Kaedah: Panggang (Philips airfryer 180C 10 minit, terbalikkan ayam tmbh 5 minit lagi)

Bahan-bahan:
5 ketul ayam, dicuci bersih
Setgh cawan kicap lemak manis
2 camca besar cuka makan
1 camca besar minyak bijan
2 camca besar gula perang
3 inci halia, dihiris halus
1 ulas bawang putih, dicencang
Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Campurkan kicap, cuka, minyak bijan, gula perang, halia n bawang putih ke dlm sebuah bekas. Kacau rata n asingkan sedikit utk memerap ayam.

2. Perap ayam menggunakan campuran tadi minimum setgh jam. Kemudian panggang ayam di dlm airfryer atau oven sehingga ayam masak. Boleh juga grill di atas kuali non stick n tutup.

3. Sementara itu, sediakan sos teriyaki dgn menggunakan baki campuran kicap. Tambah sedikit tepung jagung bertujuan memekatkan lagi sos. Panaskan sebentar di atas api.

4. Salut atau glis ayam panggang dgn sos teriyaki n tabur bijan sangai sebagai hiasan. Jika mahu pedas, tambah hirisan cili api semasa memasak sos. Sedia dihidangkan bersama nasi putih and sayur celur.

Sumber: Norashikin M.Nor

Previous
Next Post »
loading...