loading...

Bayi Lelaki Berisiko G6PD. Anak Yang Mengalaminya Tetap Boleh Besar Dengan Sihat

‘G6PD deficiency’ bermaksud kekurangan enzim G6PD di dalam badan. Enzim ini diperlukan untuk menstabilkan sel darah merah. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah jika terdedah kepada tekanan oksidatif (oxidative stress).’

Macam mana nak tahu anak saya ada G6PD deficiency atau tidak?

Setiap bayi yang lahir di Malaysia akan dihantar ujian saringan G6PD sejurus selepas lahir. Jika positif, pihak hospital atau klinik kesihatan akan memaklumkan kepada ibubapa tentang ini. Boleh juga rujuk buku vaksin anak masing-masing, di situ juga ada tercatat status G6PD.

Kalau pihak hospital tak cakap apa-apa macam mana? Biasanya kalau tidak diberitahu insyaAllah normal lah tu.

Makanan apa yang perlu dielakkan oleh anak saya?

‘Kacang parang dan apa-apa makanan yang mengandungi kacang parang.’

Kalau makan juga, apa yang akan jadi?

Risiko berlakunya pemecahan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia akut dan gangguan kepada organ lain seperti jantung dan buah pinggang. Inilah yang kita panggil ‘acute haemolytic crisis’.

Apa tanda-tanda jika terjadi acute haemolytic crisis ini?

Kulit menjadi pucat dan kekuningan, air kencing berubah menjadi warna gelap (teh O), lemah, sesak nafas adalah sebahagian dari tanda-tanda yang boleh dikesan.

Kalau saya menyusu badan, bolehkah saya makan kacang parang?

‘Harusnya dielakkan juga. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bayi mendapat acute haemolytic crisis selepas ibunya memakan kacang parang (Favism by proxy).’

Selain kacang parang, kacang lain boleh makan ke?

‘Boleh.’

Kuah satay?

‘Kuah satay dibuat dengan kacang parang tak boleh.’

Anak saya masih menyusu. Disebabkan tu saya langsung tak makan satay.

‘Ruginya lahai satay sedap.’

Ubat apa yang perlu dielakkan untuk orang yang G6PD deficiency?

‘Hanya sebahagian kecil sahaja ubat-ubatan yang tidak boleh dan harus dielakkan untuk orang yang mempunyai G6PD deficiency. Ibu bapa digalakkan memaklumkan kepada doktor yang merawat sebelum menerima rawatan ‘Anak saya ada G6PD deficiency’. Elakkan juga ubat-ubatan herba dan ubat tradisional.’

Adakah anak saya boleh membesar dengan normal jika mempunyai G6PD deficiency?

‘Ya, tiada masalah pembesaran, sama saja seperti kanak-kanak lain. Hanya perlu elakkan makanan/ubatan yang ditetapkan.’

Ramai ke bayi yang ada G6PD deficiency ini?

‘Di Malaysia secara purata 5.3% bayi lelaki dan 1.4% bayi perempuan mempunyai G6PD deficiency. You are not alone.’

ARTIKEL BERKAITAN: [Ubat Gegat, Kacang Parang & Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6PD Seumur Hidup]

Bolehkah anak saya sembuh dari penyakit ini?

‘G6PD deficiency bukanlah penyakit. Kita dilahirkan sebegitu dan kekal seumur hidup.’

Seterusnya boleh rujuk pamplet dari KKM di bawah untuk senarai yang lebih lanjut ya!

Sumber: Dr Aishah Alsagoff

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...