loading...

Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup, 10 Checklist Untuk Bakal Ibu, Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang!

Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Lebih-lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta. Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap. Ada sahaja peralatan yang ingin dibeli oleh bakal ibu bagi memastikan tempoh berpantang menjadi lancar.

Panduan yang dikongsikan oleh Dr Ain Zul ini boleh juga dijadikan panduan untuk bakal ibu lain bagi menyediakan kelengkapan untuk berpantang kelak. Sepuluh checklist yang disediakannya lengkap untuk diri sendiri dan bayi. Barulah bakal ibu senang hati dan boleh berpantang dengan tenang kelak.

Periksa senarai di bawah.

Ikut keperluan masing-masing ye☺, mummy share je persiapan mummy.

1. Set Berpantang
Ini carta paling tertinggi tau. Dah penat bersalin, kita perlu manjakan diri jugak. Macam reward untuk diri sendiri. Ni benda pertama yang mummy akan survey dan beli.

Dulu guna satu set berpantang Tanamera, kali ni mummy nak cuba set berpantang Nona Roguy pulak. Set Tanamera dulu memang 5 stars, sebab dia macam mix modern and traditional care.

Tapi even mummy nak guna set Nona Roguy, 4 barang Tanamera ni wajib include sekali sebab memang BEST sangat!

a) Brown Soap Tanamera – Sabun dia bau herba, yang best sebab dia da macam scrub sekali. So elok sangat nak hilangkan daki atau tempat-tempat kasar macam kat siku etc. Memang best lah guna dulu. So wajib ada jugak.

b) Herbal Massage Oil – Guna hari biasa pun untuk urut kaki kalau penat, best sangat bau.

c) VCO Tanamera – Ni sapu dekat perut untuk prevent stretch mark. Sapu dari awal kandungan insyaAllah memang takde la tanda, perut canteks ajer.

d) Bengkung – Dapat free waktu beli set Tanamera dulu, yang penting bengkung dia kain cotton sesuai dan selesa untuk mummy yang beranak cser. So bengkung ni masih elok, so sambung guna jer la.

Oh btw, mummy beli set Nona Roguy tu yang preloved ajer tau. Kebetulan dia habis berpantang bulan 4 dan banyak barang dalam set tu yang dia tak guna, guna pun satu atau dua barang jer so mummy decide why not untuk jimatkan duit beli preloved je.

2. Breast pump & Silicone Milk Collector
Barang wajib ada untuk ibu yang menyusu. Ikut pengalaman, biasanya awal – awal guna milk collector sebab tandem feeding dengan baby. Lagi pun kalau nak pump awal-awal bukan perlu sangat, tak payah nak stresskan diri sendiri sebab milk production ikut umur baby. Nanti kalau milk yield sikit, mula lah kita stress sorang-sorang lagilah milk production kita jatuh tau.

Mummy akan mula simpan stock sebulan before masuk kerja macam tu. InsyaAllah sempat. Waktu Aileen dulu guna milk collector Brand Haakaa, sekarang nak cuba Brand Autumnz pulak. Harga cuma Rm25. Alhamdulillah, untuk breast pump mummy guna Brand Cimilre agak tahan lasak jugak, yang penting handsfree, harga pun berbaloi dan bunyi tak bising. Chill and relax je lah kalau attend meeting hikhik.

3. Tungku ibu & tuam baby
Waktu Aileen dulu beli tuam baby tanpa set dia, so bila nak tuam tu agak cerewet sebab kena guna iron untuk panaskan tuam. First baby takde pengalamankan. So kali ni mummy beli satu set terus, tak mahal dalam Rm18 dapat tungku kecil, lilin & tempat panaskan ala-ala aromaterapi tu.

So senang nak panaskan tungku baby direct terus. Untuk tungku ibu, memang dah ada turun temurun kat rumah mak guna batu sungai dari zaman nenek moyang lagi dah guna batu sungai yang sama.

4. Set tanam uri baby
Ni barang optional je tau, tapi jadi barang wajib bagi mummy sejak waktu Aileen dulu untuk mudahkan husband uruskan uri.

Brand apa pun boleh tapi mummy beli set yang ada periuk tanah sekali sebab uri kena tanam elok tak nak bagi binatang korek ke apa kan, so letak dalam periuk tanah mummy rasa lagi secure gitu (perasaan).

Basically, set tanam uri ni ada sertakan cara menguruskan uri dan doa yang perlu dibaca waktu tanam uri, asam jawa & asam keping, garam, kain putih, sarung tangan latex dan apron. Complete kan?

So memudahkan suami kita untuk settlekan part urusan penanaman uri anak, semua dah lengkap tersedia. Mommies nak prepare sendiri pun boleh tau tapi mummy memang malas nak sediakan satu-satu. Harga set ni rm 38 include postage.

5. Bepanthen Cream
Penting untuk guna pada nipple crack waktu menyusukan bayi, antara cream yang cepat elokkan nipple crack. Plus point, Bepanthen boleh guna untuk nappy rash anak jugak.

6. Nursing Cover, Nursing Pad & Nursing Bra
Mummy guna nursing cover by Marredz sejak anak pertama. Memang selesa nak susukan baby, lepas tu Marredz buat sekali dengan clutch. Lepas guna lipat & simpan dalam clutch bag tu. Kemas je.

Tapi sekarang dah bermacam jenis nursing cover jual kat kedai, so mommies boleh pilih yang berkenan di hati ye. (Kena standby masuk beg hospital jugak sebab kadang-kadang ramai yang datang melawat time kita menyusukan anak kan)

Nursing pad benda wajib jugak sebab selalu bra akan ‘basah’ sebab susu keluar. So kena standby hikhik 😂

7. Supplement – Osteomatrix Shaklee, Prenavit
Mummy tak jual, tapi mummy guna yang ni jer sebab badan rasa sesuai dengan osteomatrix ni. Lelagi bab penghadaman. Serik kalau cser tapi sembelit. Mau menangis nak teran dalam toilet huhu. So bila makan osteomatrix ni senang lawas la sikit. Sebab mummy jenis kurang jugak makan buah. So carik alternatif lain.

Mummy akan elakkan makan benda berjamu awal-awal sebab bagi baby habis kuning dulu baru minum sikit-sikit. Prenavit pulak supplement untuk pregnant & BF mother. Yang ini jer boleh telan. Obimin, Iberet semua yang lain maaflah tekak tak boleh telan huhu.

8. Stokin Tebal (takde dalam gambar) – wajib pakai, kalau tak mak pokpek pokpek tak pakai stoking hehe

9. Maternity Pad
Mummy tak beli yang ikat tali tu, mummy guna adult pampers untuk awal-awal time darah banyak lelagi susah nak bergerak lepas c-ser (yang jenis pampers ni bawak dalam beg pergi hospital). Lepas tu tukar pakai overnight pad/ wing pad biasa jer. Lagi selesa dan memudahkan.

10. Tukang Urut/Confinement Lady (CL)
Untuk yang berpantang sendiri, sekarang banyak servis disediakan untuk tolong mommies semua uruskan diri dan anak.

Mummy dah siap awal – awal hire CL untuk urutan ibu dan urusan bayi kat Terengganu nanti. Tak lama pun dalam dua jam sehari, pakej mummy ambil untuk 21 hari. Bab makanan berpantang, semua biasa mak yang masak hehe.

Cuma part bertungku, mengurut, pakai bengkung, pakai param & pilis and mandian tu mummy serah kat CL sebab taknak susahkan mak. Untuk baby pulak servis dia tolong mandikan, tuam dan urut baby sekali. Cukup lah yang tu pun memadai.

Diharap sharing mummy membantu sayang-sayang untuk siapkan barang berpantang ye.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...