loading...

Isteri Gembira, Anak-Anak Tak Stres. Seronoknya Bila Ketua Keluarga Jenis ‘Cool’ & Kelakar

Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai. Suami isteri mana yang tidak pernah bermasam muka. Namun itulah pemanis sesebuah perkahwinan. Lebih banyak berselisih faham, sebenarnya itu proses mengenali antara satu sama lain. Pun begitu, janganlah bertegang urat atau bergaduh teruk di hadapan anak-anak. Mereka tidak sukakan situasi itu dan ia boleh memberi kecederaan emosi terhadap mereka.

Artikel Menarik: {Marah Bukan Kerana Benci, Tapi Mahu Mendidik. Belakang Anak, Mama Yang Menangis}

Sebenarnya, seorang wanita itu ketika mencari calon suami mereka lebih sukakan yang kelakar berbanding romantik. Suami yang kelakar bukan sahaja boleh menjadi suami yang menyenangkan, tetapi akan menjadi penghibur tetap anak-anak. Ada beberapa sebab mengapa suami dan ayah yang kelakar itu sangat dihargai oleh keluarganya:

1. LELAKI KELAKAR ADA PERSONA
Suami yang kelakar pandai menjari jalan untuk membahagiakan isterinya tanpa perlu berusaha keras. Dia pandai encari titik ketawa dalam diri isterinya. Ayah yang kelakar pula biasanya menjadi ‘pak karut’ dalam rumah yang selalu menjadi penghibur dalam rumah. Malahan, ayah yang kelakar mudah didekati dan membuatkan anak-anak suka berkongsi cerita dengan mereka.

2. TENANG BILA BERSAMA
Suami dan ayah yang kelakar pandai mengawal keadaan. Semasa keluarganya dalam keadaan bersedih, mereka akan mencuba sehabis daya untuk mengembalikan keceriaan insan-insan tersayang. Suami dan ayah yang kelakar juga tidak mudah marah tetapi sentiasa bertenang berhadapan dengan situasi tidak terjangka.

3. TIDAK SERIUS DAN ‘MENEKAN’
Suami dan ayah yang lucu ni biasanya tidak suka memikirkan sesuatu perkara terlalu serius pada saat-saat tegang. Mereka akan mengawal situasi ketika itu dan pada masa yang sama berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Artikel Menarik: {Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak? Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan}

Yang bagusnya, suami atau ayah yang kelakar tidak suka membebankan keluarganya. Mereka akan mewujudkan suasana tenang dan memujuk keluarganya untuk tidak terlalu stres.

4. TIDAK GARANG
Ini mungkin yang membuatkan si isteri dan anak-anak paling suka. Bila suami kelakar ni, isteri nak berkongsi cerita pun jadi selesa. Lebih-lebih lagi selepas isteri buat salah, tak adalah ‘cuak’ sangat nak mengaku. Yang anak-anak pula, kalau ada buat perkara yang salah mereka tidak takut mengakui kesalahan mereka. Ayah yang kelakar tidak akan marah dengan kasar, tetapi menggunakan pendekatan untuk menasihatkan mereka.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...