loading...

Anak Demam Je Cepat-Cepat Buatkan Sup Chicken Broth Ni, Kuatkan Imun Anak!

Bila anak demam, mulalah mak ayah susah hati. Bukan hanya nak pantau suhu setiap malam bahkan nak pastikan anak makan ubat dengan tepat tanpa memuntahkannya semula menjadi cabaran terbesar buat mak ayah.

Selain memantau suhu dan memastikan anak makan ubat untuk meredakan sakit, ada baiknya ibu sediakan sup Chicken Broth ini yang baik untuk menguatkan imun anak-anak. Bukan itu sahaja malah ia juga bersifat anti radang dan anti virus. Hebat kan?

Jadi bila anak demam, cepat-cepat sediakan sup ini untuk anak kita. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini nampak menarik. Paling penting bahan yang digunakannya organik dan sihat untuk anak-anak kita. Jom cuba!

Kalau anak tak sihat, demam, batuk atau selsema. Memang chicken broth ini yang saya akan buat dulu. Kenapa? Because food is medicine. Ibu-ibu boleh cuba buat di rumah juga tau.

Chicken broth (Natural Immune Booster)

Bahan-bahan:
Ayam organik (Kaki,tulang ayam)
Celery organik (Daun sup boleh)
Lobak merah Australia
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Asam keping atau Apple Cider Vinegar
Air secukupnya
Garam pink himalaya / garam bukit

Cara:
Reneh semua dalam periuk selama 3-4 jam hingga tulang ayam hancur.
Boleh tinggalkan dan buat kerja lain. Kalau air dah kurang, boleh tambah sedikit lagi air.
Tutup api dan tabur garam secukupnya. Tapis setelah siap.

NOTA:
Saya reneh 1 jam sahaja.

PENTING:
Bagi yang ada masalah eczema dan alahan kepada histamine, pastikan reneh selama 1 jam sahaja.

Pastikan guna periuk stainless steel atau periuk kaca. Elakkan periuk aluminium. Asam keping atau Apple Cider Vinegar akan bantu ekstrak mineral dari tulang. Itu khasiat yang kita mahu. Tapi jangan letak banyak ya, nanti termasam.

Khasiatnya :

Menguatkan sistem imun.
Kaya dengan mineral.
Anti radang.
Anti virus.
Menguatkan gigi, kuku dan tulang.
Bagus untuk melegakan sakit sendi.
Kaya dengan kolagen semulajadi.
Membunuh virus.
Menyingkirkan phlegm/mucus (kahak).

Kesimpulannya kalau malas masak, buat sup ni seperiuk besar. Anak-anak akan makan nasi banyak dan siap request nak hirup sup bermangkuk-mangkuk.

Selamat mencuba.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...