Isteri mana yang tidak merasa bahagia bila mana suami sentiasa menjadi pendamping setia dalam apa jua yang dilakukan. Lagi-lagi bila suami berusaha untuk tunaikan hajat dan permintaan isteri di hari lahirnya. Inilah yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob kepada isteri tercintanya, Datin Azrene Ahmad.
Bagi memenuhi permintaan isteri tersayang, Dato’ Fazley berusaha untuk menemani isterinya mendaki Gunung Kinabalu walaupun hanya menemani hingga ke Laban Rata sahaja. Namun usaha yang ditunjukkan dan memenuhi permintaan isteri sempena hari lahirnya amat dipuji.
Paling menarik rupanya Dato’Fazley seorang yang gayat. Pun begitu gayat tidak menghalangnya untuk menunaikan impian isteri tercinta. Pengkongsian di instagram buat semua pengikutnya terharu malah mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang @azrene_ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki #GunungKinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!
Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!
Berjaya Sampai Di Laban Rata
Dato’Fazley sempat merakam detik kenangan bersama isteri ketika berjaya sampai ke Laban Rata. Beliau berbangga kerana dapat menghadiahkan permintaan paling bermakna buat isteri tercintanya. Hebat!
Sebak Terpisah Lama
Perkongsian video yang dimuatkan oleh Dato’Fazley ini mengundang rasa sebak dan terharu pengikutnya bila mana Datin Azrene lambat tiba walaupun hari telah pun gelap. Alhamdulillah selepas menanti lama, akhirnya Datin Azrene berjaya menamatkan pendakiannya pada jam 7 malam. Syabas!
Semalam sewaktu turun dari #GunungKinabalu bersama @azrene_ahmad , kami berpisah kerana hujan terlalu lebat dan saya terlalu gayat bila jalan perlahan. Jadi azrene turun bersama malim kami Alex dan saya diminta untuk terus turun dahulu memandang kan saya gak pantas mendaki dan turun gunung.
Namun saya sampai pukul 5 petang selepas mendaki turun di mulakan pada jam 12. Namun saya berdebar menunggu Azrene sebab dah pukul 7 malam kelibat Azrene dan malimnya belum kelihatan.
Sampai renjer hutan mengarahkan seorang malim gunung masuk semula di dalam hutan yang gelap gelita untuk memastikan mereka ok. Tak lama lepas tu Azrene akhirnya sampai. Sebak kami berdua. Tentunya pengalaman hari ulangtahun Azrene ke-40 yang terindah. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat!!