‘Eh anak nampak susut badan sikit la..susu tak cukup ke?’ Tu anak asyik nangis..lapar la tu..susu awak tu tak cukup’ Kenapa ko pump sikit je dapat..kesian anak kau..start jela susu formula senang’. Ini antara situasi yang kebanyakan ibu akan alami.
Berikut perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri mengenai konsep betul dalam memastikan proses penyusuan ibu lancar.
Konsep PUMP KUANTITI YANG BANYAK baru CUKUP SUSU selalu buat ramai ibu stres. Ini adalah konsep di mana ramai ibu silap faham.
Ramai ibu telah tanam kefahaman perlu susu yang BANYAK untuk anak membesar dengan sihat tapi sebenarnya konsep ini adalah SALAH.
Konsep yang betul adalah perlu susu ibu yang MENCUKUPI. Keperluan anak anda dan anak orang lain adalah berbeza. Walaupun sama jantina, sama berat, sama usia pun keperluan dan personaliti anak semua berbeza (seperti style nak menyusu, berapa lama menyusu dan lain-lain)
Personaliti setiap anak yang berbeza akan mempengaruhi berapa banyak susu yang anak nak minum.
Bila konsep dan kefahaman silap ini yang menyebabkan stres kepada ibu. Kajian telah banyak menunjukkan stres adalah punca utama bagaimana penghasilan susu akan merudum.
Stres boleh terdiri dari stress psychology (memikir banyak perkara atau sedih dengan keadaan sekeliling) atau stres dari segi fizikal (ada penyakit atau trauma). Dan stres ini boleh berlaku bila-bila masa dan boleh dihadapi oleh ibu setiap hari!!
Bila stres tak dapat manage. Susu akan drop. Bila susu drop, apa ibu buat? Makan banyak @ cari milkbooster betul?
Dari segi makanan, KUANTITI MAKANAN tidak memainkan peranan dalam penghasilan SUSU YANG BANYAK. Ye..makan banyak mana susu tidak akan bertambah.
Badan ibu memerlukan pembakaran tenaga sebanyak 20kcal untuk menghasilkan 30oz susu. Tetapi kuantiti yang perlu dihasilkan bergantung pada demand baby.
Ibarat seperti anda nak beli sesuatu produk. Syarikat pengeluar akan membeli barang asas dan menghasilkan produk tersebut jika ada demand dari pembeli. Walaupun syarikat beli banyak barang asas, tetapi jika demand tak ada apa guna syarikat hasilkan banyak produk. Maka barang asas tersebut tidak akan dibuat menjadi produk tetapi akan disimpan.
Sama kes dengan ibu. Jika tiada demand ibu makan kalori banyak tapi tak digunakan akan jadi lemak. Ini menyebabkan ramai ibu yang menyusu tapi masih tak dapat nak turunkan berat.
Bagi ibu yang berat badan sedia overweight / obese, ANDA TIDAK PERLU TAMBAH apa-apa makanan dari menu asal. Teruskan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang. Stor kalori anda sudah ada. Buat apa tambah stok lagi?
Bagi ibu yang berat normal baru perlu pertambahan sebanyak 500kcal, 19g protein selama 6 BULAN WAKTU MENYUSU sahaja. Selepas 6 bulan tak perlu tambah dah kalori.
500kcal dan 19g protein ibarat pengambilan
3 hidangan protein extra (1 hidangan setiap kali makan berat) + 2 snek buah sahaja (1 hidangan minum pagi/minum petang) ITU SAHAJA
1 hidangan protein bersamaan dengan
🍗 1 ketul ayam/daging sebesar tapak tangan
🍳 1 biji telur
🥛 1 cawan susu
🥜 segenggam kacang kekacang
1 hidangan buah bersamaan dengan
🍉 sepotong buah tembikai/betik/nenas/honeydew
🍎 sebiji buah bulat seperti epal/pir/lai/kiwi/oren
🍓 4-5biji buah bulat kecil seperti rambutan/duku/langsat/mata kucing/strawberry
Tak banyak kan. TAK PERLU MILKBOOSTER PASARAN. Milkbooster adalah apa yang buat anda happy..
Belajar teknik destress
✅ mengurut
✅ dengar music
✅ tengok video anak
✅ baca buku
✅ exercise
Sumber: Dietitian Fizah Sobri