Dah jaga kandungan selama 9 bulan sebaik-baiknya. Dah berjuang waktu bersalin. Sekarang tinggal proses pantang. Tapi sejak akhir-akhir ini isu pantang hangat dibincangkan apabila ramai yang percaya petua orang dulu berbanding apa yang disarankan oleh doktor.
Ada yang bagi macam-macam pendapat mereka hingga dipercayai bulat-bulat oleh ibu berpantang sehingga sanggup catu untuk makan dan minum demi untuk pastikan badan kembali langsing dengan cepat lepas bersalin.
Perkongsian dari Dietitian, Fizah Sobri ini mungkin boleh membuka mata semua wanita agar tak terlalu taksub dan sanggup mengorbankan kesihatan diri ketika tempoh berpantang.
Saya nak kupas selanjutnya dari segi diet. Mengapa catu makan dan air boleh memudaratkan waktu pantang
Mengapa doktor, dietitian tidak mencadangkan untuk amalan ini diteruskan?
Iye amalan ini boleh memudaratkan dan janganlah paksa ibu ibu untuk minum air sikit makan sikit hanya sebab nak ‘cantik’ dengan hilang berat yang naik waktu bersalin?
Kenapa bahaya?
1. Ibu sudah mengalami trauma kepada badan
Tahukan anda proses bersalin secara normal sama trauma seperti patah 20 tulang (57 del, uni kesakitan) sekaligus sedangkan manusia biasa hanya boleh tahan sehingga 45 del. Begitu sakitnya ibu mengandung yang melahirkan anak secara normal
Bagi ibu bersalin secara caesarean tak kurang sakitnya. Operation ini diklasifikasikan sebagai major operation dan perlu bedah 6 lapisan untuk keluarkan baby, maka ibu perlu pulih 6 lapisan abdomen sebelum mengandung semula.
Trauma ini memerlukan keperluan protein yang lebih untuk bantu proses baik pulih. Mengikut keperluan pesakit yang menjalani pembedahan / trauma keperluan protein boleh mencecah sehingga 2.0g/kg untuk elakkan muscle breakdown dan galakkan recovery.
2. Kehilangan air dan darah yang banyak sewaktu proses bersalin.
Dahla trauma, sakit yang tak boleh dibayangkan tambah pula kemungkinan dehidrasi dan komplikasi akibat kehilangan darah yang banyak.
Zat yang mencukupi sangat diperlukan untuk bina semula darah yang hilang, tisu dan otot yang koyak dan untuk membekalkan susu ibu yang mencukupi.
Perlu minum air semula untuk rehydrate air yang dah hilang. Jangan catu air…minum sahaja 8 cawan sehari.
3. Kurang bergerak, kurang makan serat dari sayur dan buah
Ni meningkatkan risiko untuk sembelit..dan sekaligus meningkat risiko untuk buka semula jahitan..nak kena jahit semula? Makan la sayur dan buah..masih lagi perlu amalkan suku suku separuh waktu berpantang ye..
Kurang bergerak pula akan lagi sukarkan najis lalu daaannn kurang pergerakan akan kurang peredaran darah yang optima.. Cik tak dak suruh mak mak pi angkat berat, exercise terus tapi ada ibu-ibu yang pantang extreme tak nak gerak sampai mandi pun setiap selang sehari baru mandi. Mau luka bersalin infected sebab tak jaga kebersihan..
Jangan la jadikan isu berpantang ini sebagai isu memecah belah. Tiada istilah pantang moden betul, pantang tradisi salah atau sebaliknya
Yang ada adalah adakah amalan tersebut membahayakan nyawa ataupun tidak. Rakan rakan saya dah explain bahaya amalan melalui sudut perubatan. Saya tambah pula dari segi diet.
Saya risau tengok Melayu senang sangat percaya dekat orang yang bukan ahli bidang hanya sebab isu berpantang. Yang bestnya orang tu tak pernah bersalin atau berpantang pun.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri