Skuad sukan tempur Malaysia mencatat keputusan membanggakan di Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 apabila atletnya membawa pulang tiga pingat emas dan dua gangsa. Tiga atlet negara iaitu Mohamed Mahmoud, Mohammad Rifdean Masdor, Nur Amisha Azrilrizal meraih pingat emas, manakala pingat gangsa diraih oleh Zulhelmi Rosli dan Nurul Tasha Amira Abdul Rahman.
Mohamed yang turut dikenali sebagai Jordan Boy, menumpaskan peserta Hong Kong, Chai Siew Gan untuk kategori 67kg, Mohamad Rifdean pula menewaskan Lee Wei Luo (Hong Kong) untuk kategori 48kg, sementara untuk kategori 51kg wanita, Nur Amisha mengalahkan Wong Shi Qi yang juga dari Hong Kong.
Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 telah berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos.
Sumber : ASTRO Awani
Facebook Muay Thai Malaysia
Tahniah kepada mereka yang berjaya membawa pulang dalam sukan tempur ini. Semoga ia akan menjadi pembuka bagi sukan ini menyinar di kejohanan lain.
Please follow and like us: