Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri ketika hamil. Ada yang mengalami berterusan sehingga bersalin ada yang hanya melaluinya beberapa bulan sahaja. Ia adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Malah setiap kehamilan lain-lain pengalamannya.
Aktres Wawa Zainal sedang hamil 6 bulan anak ketiga. Walau pun sedang hamil, wanita berusia 27 tahun ini tetap ligat travel bersama dengan suami, Aeril Zafrel. Mereka berdua sedang berada di Turki dan awal Ogos lalu berkunjung ke Maldives.
Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 ini mengakui masih mengalami alahan mengandung. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bagaimana pun melalui pengalaman yang menarik.
Kata Wawa sepanjang travel dia tidak pula mengalami sebarang muntah dan pening-pening. Ia dikhabarkan Wawa menerusi Instagram;
Kenapa Wawa ni tak reti penat ke asyik jalan je..
Korang nak tahu sebenarnya kalau Wawa duduk rumah mula l mengada nak muntah manjang. Sakit kepala, sakit badan..
Tapi kalau travel tak ada pulak muntah, tak ada pulak pening-pening
Ada yg sejenis macam ni jugak tak?
Perkongsian Wawa ini menerima pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Rata-rata ibu-ibu mengakui mengalami situasi yang sama.
JANJI BUKAN RUMAH SENDIRI
“Same la kaq wawa. Xkesah jalan dekat atau jauh. Janji bukan kt rumah sendiri. Terbang semua bende alah tu.”- @hatsuyuki_sensei
KALAU BERJALAN SEMUA HILANG
“Sama masa mengandung anak nombor 2 kalu masuk je pintu rumah lembik mabuk ..tapi kalu berjalan hilang semua…” -@aziedawahi
DUK RUMAH ASYIK MUNTAH
“Aah..ada..tak boleh.dok.rumah sendiri..asyik muntah” -@appecut.topstokis.puncakalam
ALERGIK KALAU DUDUK RUMAH
“Same la kita alergik kalo dok rumah kaki gatal2 nk travel dah ni.” -@sitissd7
“Sama!! Yeahh.” -@cekakbiru
Sumber: @w4w4_zainal