loading...

Jangan Biar Berbaring Je, Meniarap Boleh Kuatkan Leher & Rangsang Bayi. Umur Sehari Boleh Mula!

Tummy time atau meniarap banyak manfaatnya kepada bayi. Rangsangan mudah ini tidak perlukan alatan pun. Mama papa boleh mulakan dari umur bayi seawal sehari!

Meniarap bukan sahaja salah satu perkembangan fizikal bayi. Ia juga adalah satu bentuk aktiviti rangsangan untuk si kecil. Jangan biarkan mereka berbaring sahaja, tummy time akan membuat mereka seronok.

Mungkin ramai yang rasa seriau untuk meletakkan bayi dalam kedudukan meniarap pada awal usia. Bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.

Tipsnya ialah letakkan bayi dalam kedudukan meniarap dalam tempoh masa yang pendek dan tambah masa seiring peningkatan usianya.

RANGSANG AUDITORI & PERHATIAN

Dalam keadaan bayi meniarap, mama papa pun meniaraplah sambil bercakap dengan bayi. Boleh buat aktiviti ba ba cak atau menepuk tangan.

Ini akan memberikan bayi rangsangan untuk tingkatkan ‘auditory attention’ baby.Cara lebih berkesan ialah tiarapkan baby atas perut mama atau papa.Ia adalah satu bentuk aktiviti  yang boleh mengikat bonding yang kuat untuk mama/ papa dan bayi.

KUATKAN OTOT LEHER BAYI

Bayi baru lahir lazimnya mempunyai leher yang masih tidak kuat. Aktiviti tummy time akan membantu bayi menguatkan otot leher, bahu. Ini amat penting sebagai asas bayi untuk merangkak pada fasa seterusnya.

APA NAK BUAT MASA TUMMY TIME BAYI?

#1 MENIARAPKAN BAYI ATAS MAMA/PAPA

Untuk permulaan, letakkan bayi pada riba ibu atau di atas bantal dan gosok perlahan bahagian belakangnya. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap. Dalam keadaan ini, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi dari punggung.

#2 BERALIH KE PERMUKAAN LEBIH KERAS

Selepas fasa penyesuaian dan bayi kelihatan lebih selesa semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).

#3 BERCAKAP DENGAN BAYI

Jangan biarkan bayi meniarap tanpa rangsangan. Mama papa meniaraplah bersama bayi dan berbual dengannya.

#4 HAD MASA

Mulakan tummy time selama 3 hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.

#5 CERMIN MERANGSANG VISUAL BAYI

Bayi akan tertarik pada imejnya yang ada pada cermin. Letakkan cermin di hadapan bayi semasa bayi meniarap  boleh merangsang visualnya.

#6 PERMAINAN BERBUNYI

Permainan berbunyi seperti loceng boleh untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut. Ia boleh merangsang deria pendengaran & visual bayi.

Atas faktor keselamatan, anda perlu memastikan yang ada orang dewasa bersama dengab bayi ketika tummy time bayi kecil. Membiarkan bayi tidur dalam posisi meniarap adalah dilarang kerana boleh menyebabkan kematian bayi mengejut atau Sudden Infant Death Syndrom.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...