loading...

Uruskan Suami Itu Satu Pahala, Jangan Biarkan Orang Lain Yang ‘Take Over’ Kerja Seorang Isteri

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi popular pada era 90-an, Nora Ariffin? Orangnya lembut dan tutur bicara tersusun kemas. Baru-baru ini di laman Instagam peribadinya, Nora ada berkongsi satu tip menjadi isteri terbaik buat suami seperti yang pernah dinasihatkan oleh ibunya dahulu.

Sebuah foto Nora bersama ibunya itu dihiasi dengan kapsyen berunsur nasihat yang sangat berguna buat para isteri. Kata Nora, ibunya selalu berpesan untuk menjadi isteri yang baik harus jaga makan pakai suami.

Artikel Menarik: [Suami Lemah Lembut Dengan Isteri, tanda Rahmat Dalam Keluarga. Anak Pun Rasa Disayangi]

Jangan sesekali membenarkan pembantu rumah untuk mengambil alih tugasan itu serta perlu taat dan patuh pada hak si suami. Elakkan juga untuk terlalu mengawal atau mengongkong pergerakan suami. Mudah-mudahan dengan cara begitu, si suami tidak akan terfikir untuk pasang kayu tiga.

Bersama satu-satunya ibu tercinta.
Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik.
Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik….
Kena….
Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.
In Shaa Allah suami tak akan cari lain.

Nasihat ini ringkas tetapi jika diselami maksudnya, ia sangat bermakna. Sesetengah isteri mungkin terlalu mengawal suami sehingga mereka merasa rimas dan tertekan. Juga mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Artikel Menarik: [Mengaku Sayang Jatuhlah Ego, Tapi Ini Apa Suami Buat Jadi Bukti Cintakan Isteri]

Mudah mempunyai pembantu rumah kerana mereka membantu untuk meringankan beban kita, tetapi bukan untuk menggalas sepenuhnya peranan penggerak rumah tangga.

Terdahulu, arwah suami Nora, Allahyarham Jihan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pada dua tahun lepas kerana serangan jantung.

Sumber: Nora Ariffin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...