loading...

‘Silica Gel’ Dan ‘Oxygen Absorber’ Dalam Bekas Vitamin Anak Jangan Biar Atas Lantai, Awas Bahaya Anak Termakan!

Anak-anak kecil kita sememangnya cukup peka dengan benda-benda di sekelilingnya. Semut yang merayap pun dia nampak inikan pula silica gel yang bertaburan di lantai. Awas, jangan biarkan gel ini bertaburan di atas lantai. Banyak kesannya pada anak, jika termakan gel ini.

‘Silica Gel’ yang selalunya kita jumpa dalam kotak kasut atau beg tangan adalah sama fungsinya dengan ‘Oxygen Absorber’ di dalam bekas vitamin atau pek makanan lain.

Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, kedua-dua gel ini adalah berbahaya kepada anak-anak kecil. Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?

Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.

Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.

Fungsi kedua-dua bahan ini?

‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.

Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.

Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?

Perbezaan Penyerap Lembapan Dan Penyerap Oksigen

#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.

#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.

Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut.

Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.

Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.

Previous
Next Post »
loading...