Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali, 30 atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dirinya berhenti merokok disebabkan oleh anaknya, Ameena Sofia.
Mula merokok ketika usia remaja, Fizi membulatkan tekad untuk berhenti demi permata hati tercinta.
“Saya dah mula merokok semenjak tingkatan satu. Saya kuat merokok… Dulu, saya hisap sekotak setengah rokok untuk sehari.
“Ketika di awal kelahiran Ameena, saya masih merokok. Kesukaran mula timbul kerana saya harus mandi terlebih dahulu selepas merokok, barulah saya boleh mendukung atau menjaga Ameena.
“Bila merokok, bukan sahaja tangan saya yang berbau, malah badan juga akan melekat bau rokok. Perkara terbabit sangat melecehkan… Dari situ, saya mula berazam untuk berhenti merokok.
“Alhamdulillah, saya berjaya berhenti merokok dan bertekad untuk tidak kembali kepada tabiat itu… Lebih senang untuk saya menjaga dan bermain dengan Ameena,” kata Fizi.
Tambah Fizi, dia juga menggunakan peranti alternatif untuk berhenti merokok bagi mengekang tabiat terbabit.
“Saya menggunakan NCIG sebagai alternatif. Setakat ini, NCIG berjaya membuatkan saya berhenti merokok.
ARTIKEL LAIN [Kesan Asap Rokok Ayah, Dua Beradik Demam & Batuk Teruk Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru]
“Selain kesedaran berkenaan dengan anak, saya juga mahu jadi lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik,” katanya pada Astro Gempak.
Sekadar info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan dengan kehadiran Ameena pada 14 Mac lalu.
Sumber: Ig Fizi Ali; Shakilla Khoriri & Gempak