10 tahun berusaha dan menunggu hadirnya seorang anak dalam rumah tangga bukan mudah. Apabila diberi peluang memberikan kata-kata akhir buat insan yang dinanti-nantikan, bapa ini sebak.
Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga memang menjadi dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Kurniaan anak kepada aktor Adam Corrie Lee & isteri setelah melalui episod keguguran dan kandungan luar rahim. Bukan mudah melaluinya namun keyakinan kepada Allah dan tawakalnya akhirnya dia dikurniakan seorang anak lelaki dinamakan Adam Fateh Lee, Julai tahun lalu.
Artikel berkaitan: Alunan Zikir Interaksi Awal Adam Corrie Lee Buat Bayinya. Hadiah Bermakna Sejak 10 Tahun Kahwin
Pengalamannya yang berusaha mendapatkan anak selama 10 tahun menuntut kesabaran. Menerusi Instagram, Ustaz Ebit Lew berkongsi video bagaimana sebaknya aktor berkenaan apabila ditanyakan apakah kata-kata terakhir yang ingin diluahkan buat anaknya, Adam Fateh Lee.
Artikel berkaitan: “Tiada Jalan Pintas. Doa, Usaha, Tawakal”. Adam Corrie Kongsi Tip Isteri Hamil Selepas 4 Kali Gugur
SYUKUR DAPAT KENAL ALLAH
“Dari dulu saya hormat dan sayang @adamcorrielee . Beliau orang baik. Rendah diri dan selalu dulu-dulu forum kami sama-sama menangis. Mengenang nikmat hidayah dan betapa syukurnya dapat nikmat Islam. Syukur dapat kenal Allah. Terima kasih doa khususnya orang Islam di Malaysia.
BERKAT KESABARAN 10 TAHUN
“Sebak setelah berkat kesabaran dan doa Allah kurniakan Adam Corrie anak selepas 10 tahun. Adam Fateh anak soleh dan hensem comel.
JAGA SOLAT, MENYAYANGI MANUSIA & BERSANGKA BAIK
Dengar kisah doanya dan betapa beliau menghargai bidadari. Bila saya minta kata-kata terakhir buat anaknya Adam Corrie menangis pesan supaya jaga solat sungguh-sungguh dan menyayangi manusia selalu bersangka baik.
SANGAT MENGHARGAI & MENCINTAI BIDADARI KERANA ALLAH
“Adam Corrie contoh pasangan yang sangat menghargai bidadarinya. Mencintai bidadarinya kerana Allah. Sahabatku, nanti jika diakhirat tak nampak saya tolonglah cari saya dan bawa sama-sama masuk syurga yer.”
Sumber: @ebitlew
Artikel berkaitan:“Fateh Kuat.” Adam Corrie Kongsi Momen Khatankan Anak Masa Umur 5 Bulan