loading...

Pandai Peluk Bantal Pula Sekarang! Makin Cerdik Ainul Sejak Masuk Setahun

Penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut sebelum ini dan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia, kini mula menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari.

Perjalanan bayi istimewa ini ibarat begitu dekat di hati orang ramai bermula dari Ainul sakit hinggalah kini mampu melemparkan senyuman manis. Selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan, perubahan dan aura positif dalam diri Ainul buatkan ramai yang tertunggu-tunggu perkembangan barunya.

Pandai peluk bantal sendiri

Hari demi hari ada sahaja berita menarik mengenai perkembangan Ainul yang menjadi perhatian seluruh negara. Selepas pulang dari London dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur, Ainul terlihat sangat ceria dan tiada lagi berita menyayat hati mengenainya.

Terbaru bapa Ainul, Ahmad Safiuddin telah memuat naik satu video anaknya yang sudah genap setahun berbaring sambil memeluk bantal peluk sendiri. Situasi comel tersebut telah menunjukkan bahawa Ainul tidak lagi mengalami sebarang komplikasi.

Comel sangat Ainul

Pada muat naik susulan selepas posting video tersebut, Safiuddin turut menyertakan gambar terkini Ainul. Jelas sekali wajahnya telah kelihatan normal dan semakin berisi.

Terus sihat sayang!

Sehubungan dengan itu, rata-rata rakyat Malaysia telah meninggalkan komen di ruangan instagram bapanya dengan memuji perkembangan positif Ainul yang semakin bijak.

Mereka juga seperti biasa tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan doa agar bayi kesayangan negara ini terus sihat seperti sedia kala.

Sumber: ig Ahmad Safiudinn

Previous
Next Post »
loading...