loading...

Dah Ada Anak Tetap Kena Puji & Ucap Sayang Setiap Hari. Baru Sentiasa Rindu

Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumah tangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak-anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.

Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak-anak. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.

Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu. Sedangkan bahasa rindu ini penting.

“Smart abang hari ni”

Cantiknya awak hari ni”

“Apa khabar awak hari nie?

“Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni”

“Awak bz ker? Saja call. Rindu”

Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan”

“Tq sebab masakkan untuk abang hari nie”

Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang-kadang ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.

Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2-isteri cendol’ & “suami-suami cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.

Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsapp apatah lagi ex dulu-dulu. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.

Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.

Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.

Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adalah cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.

Kadang-kadang bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.

Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?

Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu-dulu tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang.

Sumber: Azizul Asri Ahmad Tajuddin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...