loading...

Biarlah Sepenat Mana Pun Badan Kita, Bila Sibuk Layankan Karenah Anak Terus Jadi Kuat!

Benarlah masa tu terlalu pantas bergerak. Anak yang terasa seperti baharu dilahirkan semalam, hari ni dah membesar. Boleh berlari, melompat. Mulut pun bising mengalahkan burung murai! Sesungguhnya fasa mereka membesar inilah yang membuatkan kita sebagai ibu bapa bahagia selalu.

Biar sepenat mana kita pulang dari pejabat, bila pulang sahaja ke rumah terubat rasa letih saat memandang wajah si manja. Apatah lagi bila mereka saling berkejaran untuk mendapatkan kita dahulu untuk berpeluk. Kemudian kena dengar pula cerita apa yang berlaku sepanjang hari yang mahu dikongsikan. Seronok sangat!

Artikel Menarik: [Salah Sikit Terus Marah, Jangan Hairan Kalau Anak Tak Nak Dekat Dengan Kita]

Perkongsian dari pengguna laman Facebook, Ariff Ismail, tentang hal ini sedikit sebayak memberi kesedaran kepada kita.

LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK

Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.

Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.

Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.

Artikel Menarik: [Suami Romantik Tak Semestinya Bagi Hadiah Mahal. Peluk 10 Saat, Cium Isteri Dah Cukup!]

Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.

Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.

Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.

Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!

– Ariff Ismail –

#ariffismail
#doublefbrothers

Sumber: Ariff Ismail

Previous
Next Post »
loading...