loading...

“Hidup Di Dunia Tidak Kekal Selamanya,” Pemimpin PAS Bidas Zairil

Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari telah mempersoalkan mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufisme sahaja?

“Menyedihkan untuk melihat arah tuju PAS bawah kepimpinan terkini, lagi-lagilah apabila mereka seolah-olah bersedia untuk mengorbankan prinsip yang lama dipegang,” demikian tulis Zairil dalam Malaysiakini yang disiarkan pada 10 Mac lalu.

Susulan tulisan berkenaan, Zairil yang dilanda kontroversi kerana rakaman video yang memaparkan wajah individu seakan beliau yang sedang menari dengan seorang wanita telah tersebar (beliau menafikannya), telah dibidas oleh pemimpin PAS.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed telah mengingatkan Zairil bahawa seorang Muslim wajib percaya kepada hari akhirat dan hidup di dunia ini tidak kekal selama-lamanya kerana mempunyai kesinambungan di akhirat.

Justeru Mahfodz menegaskan selain mahu menang pilihan raya, perjuangan PAS ialah untuk memastikan kejayaan itu diredai Allah.

“Ini jelas objektif PAS berdasarkan perkara lima perlembagaan iaitu untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang melaksanakan hukum Islam dalam negara dengan keredaan Allah.

“PAS tidak mahu menang (pilihan raya dengan) cara tipu tetapi menang dengan cara diredai Allah, itu diajar Islam.

“PAS bukan sekadar mahu dapatkan undi daripada orang ramai, tetapi turut mengambil kira akhirat kelak,” katanya dilapor Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mahfodz, hakikatnya orang Islam dalam DAP pun mesti faham, iaitu kehidupan seseorang tidak hanya terhad kepada dunia.

Senada dengan beliau ialah Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan yang menyatakan ramai sebenarnya yang tidak memahami perkara itu sehinggakan tergamak mengeluarkan kenyataan seperti memperkecil-kecilkan keupayaan parti berkenaan.

“Masih ada yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangan.

“Cemburu mereka bukan ke­palang apabila PAS meraih soko­ngan ummah meskipun diselu­bungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.

“Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru, mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara pada masa kini,” katanya dalam sa­tu kenyataan hari ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...