BALIK PULAU – Mayat pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu boleh disemadikan di negara ini kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata, berdasarkan undang-undang di negara ini jika terdapat sebarang kematian, mayat harus diserahkan kepada waris si mati, lapor Kosmo.
Bagaimanapun menurutnya, mayat warga Korea Utara itu boleh dikebumikan di negara ini jika tidak dituntut oleh waris atau keluarga si mati.
Katanya, pihak kementerian tidak akan terburu-buru membuat sebarang keputusan terhadap mayat Jong-nam, 46, yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un kerana ia merupakan kes berprofil tinggi.
“Polis sudah menyerahkan mayat Jong-nam kepada Kementerian Kesihatan. Justeru, kita akan buat keputusan (berhubung mayat Jong-nam),” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW