loading...

Fasha Lega, Rezeki Makin Murah Selepas Berambut Pendek

KUALA LUMPUR — Pelakon Fasha Sandha akui selepas tampil dengan inej berambut pendek, makin murah rezeki.

Biarpun sebelum ini dia tidak selesa berambut pendek kerana bimbang tiada tawaran berlakon namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, lapor Metro.

“Hati saya berbelah bagi sedangkan saya memotong rambut pendek itu pun kerana komitmen kerja bagi menjayakan watak sebagai Tisha dalam Badang,” katanya.

Fasha pada awalnya dimaklumkan pengarah filem tersebut Datuk A Razak Mohaideen bahawa rambutnya akan dibotakkan, namun kemudian “dipotong pendek” sahaja.

“Ternyata segala kebimbangan saya sebelum ini hilang, apabila tawaran berlakon bertambah banyak diterima selepas tampil berambut pendek,” katanya.

Beliau juga takut pengusaha produk yang melantiknya sebagai duta kecewa kerana penampilan barunya “kurang sesuai” dengan produk yang dipromosi olehnya.

“Bagaimanapun apa yang berlaku sebaliknya. Tempahan dan jualan barangan yang dipasarkan bertambah gara-gara ramai pengguna menggemari penampilan baru saya,” katanya.

Fasha, duta minyak wangi, kebaya dan hijab, lega apabila pengusaha memberi maklum balas positif selepas sebulan tampil berimej baru.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...