KUALA LUMPUR — DAP ‘jahil, keliru dan cemburu’ dengan perjuangan PAS sehingga menggesa parti itu menyertai jemaah Tabligh atau tarekat sufi, kata Ketua penerangan PAS berkata Nasruddin Hassan.
Katanya, DAP gagal memahami parti itu dan “terdesak” selepas orang ramai terus menerima parti Islam.
“Tidak tergapai dek akal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam,” kata Nasrudin Hassan di Facebook
“Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat daripada pelbagai latar.
“Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS daripada saingan politik negara lalu menggesa PAS menyertai jamaah Tabligh dan tarekat sufi.”
Jumaat lalu, seorang pemimpin DAP mempersoalkan mengapa PAS tidak menyertai dua aliran dakwah itu jika tidak mementingkan kemenangan dalam pilihan raya.
“Mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi [seperti] jemaah Tabligh atau tarekat sufisme sahaja?
“Bagi parti politik, jalannya adalah dengan mengubah dasar negara ke arah yang lebih insani, manusiawi dan adil kepada semua.
“Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” kata Zairil Khir Johari, naib pengerusi DAP Pulau Pinang.
Nasrudin berkata DAP “memerlukan lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera” PAS, slogan terkini parti itu dalam persaingan semasa politik.
Slogan itu muncul sewaktu PAS dilihat lunak dengan Umno dan kerajaan pusat, khususnya dalam rangka menjayakan rang undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW