loading...

Kit Siang Hanya Nampak Kuman Di Seberang Lautan

Pelik dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang ni. Beliau boleh diumpamakan sebagai gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan yang dilihatnya. Kenapa?

Ini kerana Kit Siang telah mendesak supaya Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin untuk bercuti sepanjang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal penukaran status tanah bumiputera di negeri itu.

Namun beliau terlupa akan skandal yang menimpa anaknya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Walaupun Guan Eng sudah didakwa di mahkamah dan bakal menjalani perbicaraan mulai bulan ini atas dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo, namun beliau masih menjadi Ketua Menteri meskipun menerima desakan agar bercuti.

Desakan supaya Guan Eng meletakkan jawatan mahupun sekadar bercuti sementara itu umpama angin lalu, tidak diendahkan hatta oleh bapanya sendiri.

Untuk rekod, pada Jun tahun lepas, Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah iaitu  menyalahgunakan kuasa untuk memanfaatkan diri dan isterinya dengan menukar status sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, dan pertuduhan kedua adalah berkaitan dirinya yang mendapatkan harta di 25, Jalan Pinhorn, dari Phang Li Khoon di bawah nilai pasaran.

Malangnya Kit Siang tidak pula menyuruh anaknya bercuti sebaliknya beliau membuat lawatan ke seluruh negara bagi mendengar sendiri pandangan masyarakat mengenai kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Kit Siang juga pernah menyatakan bahawa tidak ada sebab mengapa Guan Eng perlu bercuti dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung atau Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tidak wujud konflik kepentingan dan beliau tidak mempunyai kuasa mempengaruhi atau mengawal proses pendakwaan.

Namun bila berlaku kepada orang lain, walaupun masih dalam peringkat siasatan, bukan main lagi Kit Siang `berbunyi’.

Mungkin ketika membuat kenyataan meminta Khaled Nordin bercuti, Kit Siang terlupa akan kes rasuah yang dilalui oleh anaknya itu.

Nampak sangat layanan berbeza. Jika ia berlaku kepada parti DAP, semua boleh menutup mata tetapi jika ia melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN), maka bersiap sedialah untuk mendengar suara sumbang daripada pemimpin DAP.

Inikah parti yang boleh diharapkan untuk memimpin Malaysia? Marilah sama-sama kita menolak pembangkang.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...