loading...

Video: Pemuda ‘Sentap’ Diejek Guru

Satu rakaman video menjadi tular di laman Facebook apabila merakam ‘rintihan’ hati seorang pemuda yang diejek oleh gurunya gara-gara mahu menjadi seorang pilot.

 

Dalam video berdurasi 1 minit 52 saat itu, merakam aksi pemuda tersebut bercerita mengenai kisahnya ketika masih belajar di sekolah rendah.

 

Menurut beliau, ketika itu, beliau memberitahu gurunya bahawa beliau mahu menjadi seorang juruterbang, namun ditertawakan oleh gurunya.

 

Guru tersebut dilihat memandang rendah kepadanya hanya gara-gara beliau tidak dapat menjawab soalan pembundaran.

 

Disebabkan insiden itu, beliau berasa kecewa dengan perbuatan cikgu tersebut sehingga memadam hasratnya untuk bergelar seorang juruterbang.

 

Muatnaik video ini menarik perhatian netizen dan komen bercampur baur mula membanjiri ruangan komen.

 

“Last sekali dia jadi apa? Nak tau jugak, kira dasyat la dia terasa sampai umur macam ini, berjaya jugakah beliau? sepatutnya benda ini menjadi pemangkin semangat dia, buktikan pada cikgu itu dia mampu jadi pilot, ini tidak, rakam dan viral, Rubbish,” tulis Encik Lan.

 

“Lol, apa laa, benda simple pun nak kena ajar, ambik point apa yang brader ni cakap, ada betul point brader ni, hang sapa nak judge masa depan orang? kalau dah terer sangat nak judge masa depan orang, bagilah jaminan esok boleh hidup lagi ka tidak,” ujar Hazwan Aziz’s.

 

“Kalau cikgu perlekeh dan gelakkan cita-cita waktu kecil, bila dah besar dah capai cita-cita jadi pilot, takpa gak nak buat vieo cikgu perlekeh aku, sekarang aku dah jadi pilot, ni apa pun tidak, huhuhu,” kata En Zikrie.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...