loading...

Video: Aktivis Mahu Zakir Naik Ditangkap ‘Kurang Bijak’ – Fathul Bari

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Di Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya membidas tindakan sekumpulan aktivis yang memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan dan mengusir pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik dengan menyifatkan ia sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) berpandangan, adalah sesuatu yang pelik perkara itu sengaja dibangkitkan oleh sekumpulan aktivis yang sering kali menyuarakan pendapat mengenai hak untuk bersuara.

 

“Saya hairan, orang-orang (golongan) lawyer macam ini tak rasional? Itu saya tak boleh terima.. Kalau mereka mengaji tak berapa cerdik atau orang biasa yang bukan berpendidikan tinggi tak apa, kita tak hairan sangat”, katanya lagi sewaktu ditemuramah.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...