KUALA LUMPUR- Pelakon Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan.
Bagaimanapun menurut Ummi, 27, dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya dan akan berbuat demikian apabila difikirkan sesuai, lapor Mstar.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti.
“Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai,” katanya di majlis drama kerjasama di antara Suhan Movies dan SME Corp Malaysia.
Drama itu bakal mengetengahkan kit panduan dalam membimbing usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW