SHAH ALAM – Honda Malaysia meneruskan momentum dengan meningkatkan penanda aras pasaran automotif tempatan apabila memperkenalkan model City baharu yang dinaiktaraf didatangkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V hari ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, Honda Malaysia menyasarkan jualan 2,000 unit City baharu sebulan untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan 100,000 unit pada tahun ini, lapor Kosmo.
“City baharu hadir bersama pelbagai ciri bernilai tambah tanpa peningkatan harga dan saya berbangga kerana dapat menawarkan model sedan yang menjadi peneraju segmen-B yang dilengkapi pelbagai ciri segmen-C,” katanya.
Dengan penambahan ciri pada City baharu, harga bagi varian E dan V tidak berubah iaitu RM84,600 dan RM92,000, manakala harga varian S dikurangkan sebanyak RM1,000 berbanding varian S sebelum ini kepada RM78,300.
Model baharu itu didatangkan dalam lima warna iaitu perak, merah, putih, kelabu dan hitam.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana 88 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol percuma 1-800-88-2020 atau laman web rasmi, www.honda.com.my.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW