loading...

RM9.59 Bilion: Adakah Kedaulatan Australia Sudah Tergadai?

OSK Property telah berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan projek pembinaan menara pencakar langit terbesar di Melbourne, Australia bernilai A$2.8 bilion (RM9.59 bilion).

Kebenaran pembinaan peringkat pertama di Southbank, Melbourne oleh OSK Property itu adalah antara cadangan pembangunan tunggal terbesar yang pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang negeri di Melbourne.

Ia merupakan satu kejayaan kepada OSK kerana dapat mendapat projek yang besar di negara asing dan pastinya ia merupakan satu pencapaian yang penting.

Bagi Australia pula, ia merupakan satu usahasama yang menguntungkan, jika tidak sudah pasti OSK tidak akan mendapat projek mega berkenaan.

Namun jika diamati kepada pelaburan berkenaan, sekiranya berlaku di Malaysia, sudah pasti negara dikatakan akan dijajah oleh kuasa besar. Dengan mengambil projek Forest City city sebagai contoh, banyak kritikan diterima daripada pembangkang.

Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mendakwa bahawa projek pembangunan Forest City itu kononnya akan membawa masuk 700,000 warga China dan mereka akan diberikan kerakyatan.

Bukan itu sahaja, Tun Mahathir turut menyatakan kedaulatan negara akan terkorban berikutan tindakan menarik pelaburan dari luar negara.

Sedangkan projek pembangunan mega itu yang melibatkan pelaburan sebanyak RM442.8 bilion (USD 100 bilion) adalah projek kerajaan negeri yang bukan 100 peratus dimiliki pelabur China.

Kalau diikut lojik Tun Mahathir itu, maka selepas ini, kedaulatan Australia akan terkorban jugalah kerana membenarkan syarikat asing melabur dalam projek mega di negaranya.

Apa yang pasti dakwaan Tun Mahathir itu hanya kerana mahu menanam curiga terhadap kerajaan dan disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Rakyat harus sedar dengan permainan politik seperti ini dan tidak sesekali terpedaya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...